Monday, February 23, 2015

Doa Untuk Mak

Hi!
 
 
Assalamualaikum dunia..
 
 
Sampai ofis seawal jam 6.30 pagi hari ni.. sebabnya sebelum Subuh tadi dah gerak. Takmo terlibat ngan jem, gerak awal sempat la solat kat ofis.  Minggu ni suamiku encik mithali tak dapat hantar sebab dia amik cuti seminggu.. my MIL masuk ICU.. T__T
 
 
Alkisahnya kami balik umah onyang Auni masa cuti CNY haritu.. hari Khamis.. Pastu kul 1.30 pagi Jumaat my SIL call kata my MIL kritikal kat Hospital Tanjung Karang.. oksigen takleh masuk ke paru2 sebab paru2 berair.huhu.. So doc terpaksa komakan my MIL untuk buang air yang ada dalam paru2 tu. Jadinya pukul 2.30 pagi tu my husband balik dulu tengok mak dia, aku ngan Auni balik ngan family kami je sebab budak2 takleh masuk melawat pon nanti kan.
 
 
Disebabkan keadaan mak yang tak stabil tu, doc transfer my MIL ke Hospital Sungai Buloh.  Masih koma. Kami sampai kat Hospital Sungai Buloh dalam pukul 1.30 tengah hari tu, sedihnya hati ni tengok my MIL.. wayar berselirat sana sini.. bernafas dengan bantuan mesin sepenuhnya. Kami yang melawat ni takleh dekat dengan mak.. boleh tengok mak dari jauh je. Sedih sangat. Doc cakap buah pinggang mak rosak, paru2 berair, jantung lemah.. Allahuakbar.. Doc siap bagi percentage mak untuk sihat semula tapi tu sume cuma jangkaan daripada teori yang dia blaja je, kami yakin dan doa supaya keajaiban berlaku untuk mak.
 
 
Alhamdulillah, petang Sabtu mak dah sedar dari koma. Tapi kesan ubat masih kuat pada dia, pandangan mata dia tak fokus tapi cukup melegakan bila dia boleh dengar apa yang kita cakap.  Mudah2an mak akan terus kuat semangat dan sembuh macam biasa. Amin, in shaa Allah.
 
 
Dari hari Jumaat kami berkampung kat hospital tu, Auni ikut wan dia balik Batang Kali, mudah untuk kami lawat mak sebab budak2 bawah 12 tahun takleh ikut melawat kat wad.  Daripada dia tak selesa menunggu seharian kat tempat menunggu tu, baik aku bagi mak bawak balik Auni.
 
 
So far, setakat semalam (Ahad) mak masih ada dalam wad ICU, tapi Alhamdulillah ada perubahan yang makin baik. Bercakap pasal my MIL ni, dia baik sangat. Baik sangat2. Asal kami balik kampong je mak mesti dah siap2 kan semuanya, nasi dah letak dalam pinggan, lauk2 semuanya dia masak. Kami tinggal makan je. Request la apapon, dia mesti akan buatkan. Menantu dia yang tak pandai masak ni selalu tolong sikit2 je sebab banyaknya dia dah buat. 
 
 
Harapnya mak akan kembali sihat. Kami dah plan dah haritu untuk bawak mak jalan2 ke Teluk Senangin, semoga perancangan kami termakbul. Amin..
 
 
 
 
 
 
 
 
 



"Where There Is Hope, There Is Faith,
Where There Is Faith, Miracles Happen."







 

Thursday, February 19, 2015

Terjebak.

Hi!

Assalamualaikum dunia.






Kenapala dunia zaman sekarang canggih manggih sangat ye. Bila kecanggihan berlaku makanya segalanya di hujung jari. Nak cari maklumat cari je pakcik google kang berjuta jawapan dia bagi.  Tinggal nak pilih je mana yang betul, mana yang palsu.  Nak cari resepi, ha ngko banyaknyeee resepi yang google bagi (tu pon aku masih tak berapa rajin masak.kuikuii). Pastu bila nak shopping, cari je macam-macam shopping mall yang ada kat dunia maya ni. Kang jumpa la lazada la zalora la zawara la groupon la bla bla bla blaaaa... eh banyak betul la tempat shopping. Sampai nak beli ayam pon boleh online kat Tesco. Dasyat sungguh zaman canggih ni.  Canggih sungguh cara mereka mengopakkan duit insan yang lemah dan bernafsu banyak untuk shopping ni. T_T
 
Sebenarnya kalau nak ikutkan iolls ni bukanla kaki shopping online pon sebenarnya.  Even vitual shopping pon malas. Sebab utama tak online shopping is takut nak key in nombor-nombor pada card bank tu untuk online transaction.  Jadi bila malas nak menapak lama-lama kat shopping mall, maka duit agak selamat.  Tapiiiiii bila dah ada anak ni masa untuk pergi survey kat kedai-kedai tu terhad. Mula la tangan tu rasa gatal je nak survey websitu tu..website ni.. pastu rasa macam "eh comelnya kalau anak aku pakai nih". "haa ni good untuk tumbesaran dia nih".  "oo yes that one punya toys sangat boleh melatih koordinasi mata dan tangan anak aku nih" and bla bla bila gila menengok barangan online.  Padahal budak kecik tu tak mintak pon beli itu ini, mak je lebih.hehe ko kena paham nak... zaman mak dulu takde benda-benda camni. @_@
 
Daripada penakut nak buat online transaction, terus jadi berani pulak. Bila dah sekali beli online and and payment sume ok, mula la jadi rutin pulak untuk website walking bila tengah takde keje kat opis.huahuaa.. Setakat ni perangai online shopping iolls masih terkawal lagi.  Memang kena control, kalau tak nanti sedap-sedap je la add to cart kan pastu puasa sebulan sebab duit abis tanpa disedari.haha. 
 
Jadi, nasihat iolls kepada orang-orang yang baru nak belajar online shopping, baik jangan la..hehe... nanti mesti terjebak ke kancah yang lebih dasyat.  Tapi kalau korang boleh control diri n nafsu shopping tu, ok boleh proceed online shopping.
 
Happy shopping!
 
 
 
by the way...
 
 
^_^
 

Wednesday, February 18, 2015

Kisah Puting

Hi!
 
 
Assalamualaikum dunia..
 
 
Iolls menghitung detik waktu berjalan je nih.. Adoii tak sabar btol mnunggu cuti 4 hari neh. Eh macam kau je yang nak raya cina ye nis? Tak kesah la.. Geram je nengok jalanraya terbentang luas arini sebab bebudak skolah dah start cuti rupanya. 
 
 
Tengah dok mengelamun tadi teringat kejadian lucu tak bleh blah pagi tadi.  Macam biasa, suamiku encik mithali hantar iolls gi keje. Macam biasa juga, kami merempit tapi harini weolls tak sempat nak singgah sarap sebab bos iolls ada harini.  Kena masuk awal untuk prepare fail, paper segala atas meja dia sebelum dia sampai ofis. So, kekdahnya iolls tapau siap2 untuk iolls n untuk suamiku encik mithali juga, mujo dah ada orang meniaga kat bawah umah kitorang tu. Settle.
 
 
Apa yang lucunya is.... iolls terbawak puting anak iolls ke tempat keje. Iolls memang tak pasan tapi bila iolls turun je dari motor nak amik henbeg dalm peti motor tu, encik suamiku mithali dah ketawa tak hengat dah kat situ. I was like...err apa yang klako ni bang?share ler... Pastu dia tunjuk kat pergelangan tangan iolls. Iolls pon tengok. wahahahhaaa.... Laki bini gelak ketawa bahagia macam kat drama TV pulak. Adoii cemana la boleh terbawak puting si kecik tu pulak ni.. Lupa nak kasi pengasuh la ni tadi.. Dok sibuk sangat bagi baju jubah untuk dipotong kakinya sampai terhangkut puting anak.  Tali puting pulak sangkut kat tangan. Memang macamtu la selalunya pagi2.. Hantar Auni pastu bagi beg sekolah (beg sekolah isi pakaian harian and so on) and serah puting dia tapi harini terlupa pulak haa...hehe.. Mujo hasben keje dekat ngan umah, so dia la yang delivery puting tu kat umah pengasuh.hehe sorry n tq my hubby.
 
 
 
 
 
 
 
Sampai suamiku encik mithali SMS iolls time lunch hour tadi .. dia tau la tu time2 camtu iolls dok kat surau untuk tido sebentar.hehehh
 
 
"nanti sblm tido jgn lupa isap puting yg da dibekalkn td tu ye....."
 
 
iolls baca je SMS dia terus tergelak. hampeh btol dia ni
"kuajaaaqqqqqqq"
 
 
pastu dia replied
"hahaha...baby jgn nakal2 ye.."
 
 
"ada yg mkn kasut ni kang....haha"
 
 
 
Wiiii nyampah! Kang balik umah mesti jadi bahan lagi nih.luls
 
 
 
Okeh la, da nak pukul 5 pon. Balik umah terus packing bag balik kampong. Yeay cutiiiiiii!!  Happy holiday uolls!
 
 
 
Tata!
 
 
 
 
 
 

Teka-Teki Teka-Tekuk!

Hi!
 
 
Assalamualaikum dunia..
 
 
 
 
 
 
 
 
Hari ni nak main teka-teki pulak. Teka winner untuk ABPBH je..hehehh.. Eventnya pon lambat lagi... 5 April nanti baru nak bagi2 award kat depa. Semalam diorang da selamat  announce calon2 untuk kategori2 yang hado. So harini iolls nak teka just untuk suka suki je. And iolls teka untuk kategori iolls nak je. Bukan sume kategori yep. Macam excited je iolls ngan ABP ni.. sbenanya tak pon.. saja suka2 je. Let's cekidaut.
 


Artis Baru Wanita Popular
 
1. Aisyah Aziz
2. Amyra Rosli
3. Ayda Jebat
4. Indah Ruhaila
5. Puteri Balqis



Penyanyi Lelaki Popular

1. Aizat Amdan
2. Akim
3. Asfan
4. Hafiz
5. Hazama



Penyanyi Wanita Popular

1. Adira
2. Alyah
3. Dayang Nurfaizah
4. Fynn Jamal
5. Stacy



Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Amar Baharin
4. Shah Iskandar
5. Sharnaaz Ahmad



Pelakon TV Wanita Popular

1. Atikah Suhaime
2. Ayda Jebat
3. Emma Maembong
4. Nad Zainal
5. Siti Saleha



Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Shaheizy Sam
4. Zizan Razak
5. Zul Ariffin



Pelakon Filem Wanita Popular

1. Atikah Suhaime
2. Cristina Suzanne
3. Neelofa
4. Sara Ali
5. Siti Saleha



Artis Komedi Lelaki Popular

1. Abam
2. Achey
3. Jep Sepahtu
4. Shuib Sepahtu
5. Zizan Razak

 
 
Untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular tu iolls tanak teka sebab takde sapepon dalam list tu yang jadi pilihan iolls. wahahaaa.. Pasaipa nama yang dalam kategori tu macam suam2 kuku je? Bukan ke ada ramai lagi retis2 pelakon filem yang best macam Lisa Surihani ke...emm lagi sape lagi iolls taktau sebab da lama tak tengok wayang.  Pastu kalau Johan tercalon dalam Artis Komedi Lelaki Popular tu memang iolls vote dia.
 
 
Pastu napa nama Tok T Siti Nurhaliza takde dalam list Penyanyi Wanita Popular ye? dia takmo tercalon dalam ABP ke apa? Iolls tak perasan pulak kalau dia ada buat statement gitu. Tapi apapon Tok T memang best n comel dalam pakaian skolah masa birthday celebration dia aritu.
 
 
Tema ABPBH kali ni Semarak Cinta kan? Nak tengok apa dress yang diorang pakai nanti.. Mesti ada jugak yang pakai baju tak cukup kain ni nanti...padahal bukan tak boleh pakai tutup2. Lawa jugak apa... Namun, begitulah dunia retis kan. Jangan iolls ikut pulak dah la.hehe..
 
 
Okeh selesai teka-teki. Nak isi perut pulak.
 
 
 
Tata!
 
 
 
 
 
 

Tuesday, February 17, 2015

Nak Tukar Ke Tak Eh?

Hi!


Assalamualaikum dunia..






Alkisah petang ni, untuk kesekian kalinya bos besar suruh iolls jadi PA dia pulak bila bos iolls yang sekarang ni dapat naik pangkat n berpindah ke ofis lain. Iolls baru verangan nak bersenang-lenang menunggu kehadiran bos baru alih2 bos besar buat planning gitu pulak. Cheiss kasi spoil iolls punya impian je. 
 
 
 
Tadi lagi skali dia cakap kat iolls
 
"ha ngkau nanti bila mazlina da pindah ofis kau dok kat sini pulak. Zarita pon da mintak tukar balik Kuala Selangor." 
 
Iolls da neves. Cari alasan cepat... cari alasan cepat...
"Alaaa tuan takyah la.. biar la saya dok ofis bawah je.. lagipon nuranis kan ada, dia boleh ganti ita kat sini.."
 
Cepat je dia reply.
"Aku taknak dia..Kau boleh buat keje. Kalau si bla bla bla bla bla (takbleh cakap apa yang dia cakap sebab sesuka hati dia je kutuk kengkawan iolls). "
 
Ceiss sukati hang je kan kutuk2 PA kau. Kang haku jadi PA dia pon dia kutuk jugak lettew!
"Alaaa saya pon lebihkurang sama je.. xyah la tukarkn saya kat sini.. lagipon ofis bawah ada aircond..sini takde..hahaaa"
 
Berfikir sejenak, pastu dia cakap
"Takpe nanti aku boleh suruh diorang pasang aircond kat sini"
Amboi janji manismu sangat.
 
 
End of discussion.
 
 
 
 
So kesimpulan, iolls is taktau nak happy ke tak dengan planning bos besar ni. So far memang dia okay, yang kena marah pon selalunya pegawai je la.. staff awam macam haku ni jarang2 dia marah.  Bila dia puji cara kerja haku tu maknanya dia nampak jugak la cemane haku buat keje ye dok. Kiranya tu satu compliment jugak la tu kan.  Haku ni pulak dah selesa kat ofis sekarang. Suasana lebih private compare ngan ofis yang bos besar suruh gi tu...dilema..dilema. Dari sudut positifnya, sampai bila haku nak dok kat comfort zone je, ada peluang untuk ke tempat yang lebih tinggi why not u just grab the chance cik neesz oii?  Apapun, ada baaaaanyak lagi masa untuk pikir hal ni.. Bila diorang2 tu sume dah dapat tukar baru iolls pikir secara siriyes. Just enjoy for this moment.heheh..
 
 
 
Yebba yebbaaa... sekarang dah pukul 4.00. Jap lagi pukul 5 boleh ajak encik suamiku mithali gi pasar malam. Rasa macam nak buat char kuey tiaw je untuk dinner malam ni. Jadi la kan dinner 2 orang je pon. Tapi malas pulak nak simpan barang basah. Esok da nak balik kampung. Cuti Chinese New Year tahun ni best kan sebab jatuh hari Khamis Jumaat continue sampai Ahad. Wahh sangat gembira saya.
 
 
Ok la nak pi skodeng toys untuk budak kecik kat umah. Rindu pulak haa... Tak sabar nak tunggu hari cuti ni nak gomol dia.
 
 
 
Love you my baby boo!
 
 
 
 
Tata!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Where Is The Love?

Hi!
 
 
Assalamualaikum dunia...
 
 
Pagi ni rasa sayu n sedih pulak bila tengok muka depan Utusan Malaysia hari ni 17 Feb 2015. Apa ke kejam benor IS ni? Celah mananya Islam ajar jihad macamtu? Selamba je sembelih2 orang. Ya Allah sedih sungguh la tengok gambar tu..huhuuu T__T
 
 
Haritu da bunuh 2 orang Jepun, pastu bakar hidup2 pulak pilot Jordan, la ni sembelih 21 orang Mesir pulak. Apakeheynya ni? Aku dok pikir... Apa la yang diorang pikir masa buat kerja2 yang tak berperikemanusiaan ni ye? Tak kesian ke kat orang2 tak bersalah tu? Dalam hati tu dah takde rasa takut pada Allah ke? Dalam hati tu memang takde sikit pon rasa kesian ke? Kejamnya...
 
 
Walaupun diorang tu penganut Kristian Qibti, Rasulullah tak ajar umat dia bertindak kejam camni. Cara Rasulullah sebar ajaran Islam bukan dengan cara camni. Apa yang IS buat ni cuma akan buat Islamophobia makin membiak je. Yang jadi mangsanya pengikut ajaran Islam Sunni.. Ya Allah, Kau lindungilah kami daripada segala bencana, amin..





We Are One Humanity On This Planet
 
 
 
 
 
Love Peace, No War.
 
 
Tata!





 

Monday, February 16, 2015

3 Hari Je...


Hi!


Assalamualaikum dunia..









Bestnyaaa!! Minggu ni keje 3 hari je. Hari ni Isnin, iolls keje half day sebab petang ni nak bawak cik kecik g klinik untuk cucuk. Esok Selasa, bos ada Meeting Bulanan so maknanya iolls akan rilex sikit esok.wahahah! Pastu Rabu.. yippiiiee!! Malam tu da boleh gerak balik umah mak lagi sebab the next day kami akan balik kampung tengok opah comel. Opahhhh!! Mu tunggu kami balik!
 
 
Mood: Happy Gile Wa Cakap Lu
 
 
 
Tata!








 

Friday, February 13, 2015

Double Happiness

Hi!
 
 
Assalamualaikum dunia...
 
 
Niatnya nak update entry pagi-pagi tadi lagi tapi petang jugak sudahnya. haha.. Ini sume gara-gara busy melayan Facebook ngan wasap. 
 
 
Hari ni  iolls rasa happy sangat sangat sangat! 1stly, tq kat Suamiku Encik Sotong eh bukan2 suamiku mithali sebab belanja bininya yang sentiasa suka makan ni makan chicken chop.  Oleh kerana iolls x suka black pepper, makanya iolls order chicken chop bersoskan masam manis. Husband pulak chicken chop with black pepper sauce.  Sedap! Thank you suamiku! Love u lah! ^__^  Cuba snap gambar tapi memandangkan lampu yang romantik, hasil gambar sangat tak memuaskan. Jadi kita cilok dari ihsan google je la ek. 




ihsan google
 
 
 

Sebab kedua yang buat iolls rasa happy is becauseeeeeeeeeee result exam semester akhir yang sangat ohsem!  Pagi-pagi tadi masa husband hantar gi keje, iolls rasa seramm je..kecut perut ni toksah kata laa... Sampai opis je macam biasa switch on segala bagai suis pastu check email.. Dengan berdebarnya, macam nak tercabut jantung nih. Tengok je result, mata terus terbuntang! WAAAHHH biar betik ni?? Pastu cari pulak gred untuk subjek yang ditakuti failed - Issues In Administrative Management. A-??? Biar betik?? Huiii tima kasih banyak2 la Puan Norol sebab bukan setakat meluluskan tapi siap bagi A- pulak lagi. Memang tak jangka betul nih. Ada sebabnya iolls takut failed dalam subjek ni.. nanti iolls cite ye.  Untuk subjek-subjek lain Alhamdulillah seperti dijangka mencapai target. Customer Service Principle A, Office Business Process A-, Office Systems Analysis and Design B+.  Syukur sangat sebab dapat naikkan pointer CGPA untuk final semester nih. Berbaloi-baloi rasanya usaha yang memang lebih sikit untuk sem ni.  Finally, good grades with flying colors! Dan hadiah terpaling best, dapat menamatkan semester dengan Anugerah Dekan.. Alhamdulillah.. tears  T_T




ihsan google
 
 
 
 
Call ayah inform pasal result.. Boleh dengar kehappyan & kesyukuran dia.. pastu call Suamiku Encik Sotong eh bukan lagi.. call suamiku mithali inform result. Juga happy sebab weekend dia dah tak payah hantar pi kelas pastu tunggu kat surau daripada pagi sampai petang!hehehe... Lega sebab si bini dah tak busy ngan assignment.
 
 
Atas sebab-sebab ni la daripada pagi asyik busy dengan FB ngan wasap...hehehh.. sharing the happiness. Bertukar-tukar tahniah dengan classmates. Akhirnya perjalanan mencari degree selama 5 tahun berakhir dengan pengakhiran yang boleh membuat diri ni tersenyum lebar.. SMILE.... ^_____^
 
 
 
Thank you Allah / Alhamdulillah / Terima Kasih / Arigato / Xiexie
 
 
 
Tata!







 

Thursday, February 12, 2015

Wajah Baru

Hi!
 
 
Mementang bos kuar. Manfaatkan masa yang terluang ye. Menggodek blog. Berpinar mata mencari new themes untuk blog ni. Last2 pilih tema papan hitam jugak kan. Old school sangat. Tulisan dia pulak hamek ko besar gabak. Kalau camni bos pon boleh baca blog iolls dari bilik dia.kehkehkeh.  Lantak la besar pon. Nanti da bosan boleh tukar theme baru pulak kan. Suka pulak dengan Classic Chalkboard ni. Rasa macam budak sekolah.heheh bagi la can iolls rasa muda remaja kan.. ^_^
 
 
 
Back to school!








Baibai!











 

Diari Pagi.

Hi!


Assalamualaikum dunia.






Pagi ni dimulakan dengan terbangun lambat. Bila si anak da mula gedebum-gedebum kaki dia ok ibu tau awak dah bangun ye cik Auni. Dengan malasnya heret tangan ni amik phone tengok jam pukul bape. 6.40am. Terus terbeliak mata ni. Adoyai camane boleh lambat pulak ni. Ok baru teringat malam tadi lupa nak set alarm. Terus bangun shower, solat, bersiap. Husband wat lek wat peace je sebab dia off harini. Nak off jugek!
 
 
Auni pon wat lek wat peace je kat atas katil tu tengok mak dia bersiap. Dok tunggu-tunggu jugak bilanya si Auni ni nak nangis mintak susu. Ok ibu tau Auni memang pesen x nangis mintak susu pagi-pagi. Saja je nak test. luls. Atas kesedaran sivik yang ada pada ibu ni, makanya ibu buat susu kat awak Auni. Ibu buat 5 oz. Dia tak habiskan, ada lagi 2 oz. Dah kurang menyusu sekarang budak kecik nih. Nak slimkan badan dia kot. Jangan laa... x puas nak peluk. Bawak umah pengasuh la jawabnya balance susu ni. Sayang oiii susu mahal!
 
 
Panaskan mee goreng semalam untuk husband makan kang bebila dia nak makan. Iolls pun cilok sikit bawak kat opis. Done!


 
Mee goreng iolls yang tiada rupa tapi opkos la sedap kan.hahaa



Tukar pampers Auni. Gomol2 dia. Cium2 dia. Pastu hantar umah pengasuh. Baibai Auni! Ibu miss u always2.
 
 
Pastu Suamiku Encik Sotong eh bukan2. Suamiku mithali hantar isteri separa mithali gi keje.  Singgah breakfast kat statistik dulu sebab si bini ngidam nasi kerabu pakcik yang maveles ohsem kebabom tuh. Sedap oiii! Setakat ni nasi kerabu kat situ la yang jadi pilihan kalbuku.  Susah nak jumpa yang menepati selera iolls ni.
 
 
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati! Lepas isi perut, kami meneruskan perjalanan ke opis. Husband cakap dia nak p ronda2 KL pagi ni. Yela orang off kan. Lagipun harini gaji orang gomen. Ok g la. Jangan melencong niat tu sudah.heheh.
 
 
Sampai opis. Switch on segala suis, komputer, radio. Baca paper jap. Ok dah tau isu semasa. Harini berita kadar tariff elektrik turun. Ha bagusla turun. Pastu bukak blog. Bebel-bebel kat sini. Dah setel 1 entry untuk tatapan diri sendiri. Dah boleh mula buat keje pulak.
 
 
 
 
Baibai!
 
 
^_^v
 
 
 
 
 

Tuesday, February 10, 2015

Nickname

Hi!

Entry ketiga untuk harini.. amboii baekk punya cover ye.haha... tadi bukak balik entry2 lama..owh sangat kebudak-budakan. kalau dah diri sendiri pon rasa menyampah, apatah lagi reader (kalau ada) yang baca ye dok? pastu baru pasan macam2 nickname yang I guna untuk panggilan diri. cik neesz la, aku la.. hehe so kesimpulannya ikut suka jari menaip je la ye..


gambar ihsan google



baibai!

New phase of life

Hi!
 
2015. Semakin matang. Semakin tua. T_T  Semangat  direnung-renung balik, cepatnya laa masa berjalan. rasa macam baru semalam habis SPM. Seriously I missed the good old days! rindu zaman sekolah, rindukan zaman bujang, rindu nak dok umah ngan family, rindu zaman bersuka ria tanpa fikir masalah-masalah bila dah masuk fasa-fasa baru dalam hidup. Sebab tu la kan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Insaf.  Tapi walau apapun, life must go on! Alhamdulillah dikurniakan keluarga yang sangat ohsem, suami yang ohsem (oo da kawen  rupanya), anak yang super duper ohsem (eh siap da ada anak da ko eh anis?) and life yang serba cukup apa adanya. Ok below are sinopsis kejadian-kejadian penting dalam hidup I yang agak berjela (macam bukan sinopsis je.hehe). Amaran! Entry ni akan mempinarkan mata sebab no pictures tapi hanya words semata-mata.
 
End of 2004 - habis SPM melepak umah je sebab ayah tak bagi keje part time padahal time tu menggodak rasa hati nak keje macam membe2 skolah. Jelesss je tengok diorang dapat pegang duit sendiri kan. kita dok umah jaga adik. heh! Dia x bagi keje sebab nanti katanya bila da keje nanti takut mula malas blaja. Yela kan, umur2 muda remaja masa tu dah seronok pegang duit sure la rasa macam kaya walaupun keje gaji x semenggah kan. and thank you for deciding that for me. Rasanya kalau keje masa tu memang malas nak sambung blaja dah kot.hehehe. 
 
2005 - Hmmm pas melepak lebih kurang beberapa bulan tu dapat la tawaran masuk POLISAS untuk buat diploma in Secretarial Science. Fasa baru dalam hidup, bila dok jauh ngan family (kira jauh la kan Kuantan-Raub kalau naik bas pon lenguh montot.heheh). Masa tu dah rasa bangga jugak la dengan diri sebab berjaya gak menjejak kaki ke menara tak gading sebab bukan universiti so kita panggil menara tak gadinglah. tung tang tung tang angkut air dari kamsis ke fakulti (masalah air sangat ohsem ye masa tu, sekarang xtau la), muscle berketul-ketul mengangkut air pagi2 buta dan petang2 buta.,pastu berjalan jauh2 gi kelas pastu tetiba lec bagitau kelas batal (hanginnn je), pastu dok dalam bas macam sardin dalam tin bila outing (sangat heaven ye dengan segala bau), pastu berlari berkejaran dengan cik nyet yang setia menunggu kat hostel n yang paling rare bila I pernah nampak cik yang haram dimakan oleh muslim kat ampaian hostel. perghh rasa macam dok kat zoo je.. pumpampumpam abis 2 tahun blaja kat situ. tapi tu sume kenangan yang bila diingat balik sangatla ohsem. luls.
 
2007 - Habis diploma.  Sempat lepak2 kat umah plus minus 3 bulan je sebab pastu terus dipanggil keje under salah satu badan beruniform. Wahhhh hot sangat sampai x sempat nak bersantai lebih lama.  Nervous nih. Mana la tempat aku keje ni. *berangan keje kat putrajaya or kl or sekitar lembah klang. Sekali hamekkk! Ke Kelate kita. aduiii punya la jauh dia posting kan kita. memang x pernah terjangkau dek akal la tetiba pulak keja kat sana nih. Sampaikan tanya dengan caller tu "Encik, KELANTAN ke KUANTAN?" and he replied clearly "KELANTAN". huhuhhhhh...masa tu memang rasa nak nangis aa.. pastu gelabah2 cari sapa lagi member yang kena campak ke Kelantan. okeh bebudak kelas ada lagi 3 orang kena campak sana. ok cool2. ada member. no worries. Tiba harinya my family pon hantar la budak cengeng ni ke Kelantan untuk lapor diri kat sana. Masa tu habuk banyak gila sampai merah2 mata I dibuatnya. wekkk! hahaa malu gile bila ingat balik.  Rupanya ada hikmah dipostingkan ke Kelantan. Ada jodoh menanti rupanya.wahahaha..
 
2009 - Mintak tukar ke Kuala Lumpur. dengan alasan sambung belajar (tapi memang betulpun sambung belajar tapi selebihnya sebab dah x tahan dok jauh ngan family.hehe). tinggalla cik abangku kat bumi Kelantan tu seorang diri. jaga diri baik2 ye, jangan noti2 kang ada yang masuk paper kang.haha.. Masa ni best gak PJJ (percintaan jarak jauh gittew...) bila tengok dia gigih turun kl walhal jauh kot makan masa 5 jam Gua Musang - KL dengan keje shift tu. teruk jugak aku dera dia dulu ek?hehe...
 
2011 - Alhamdulillah melangkah ke fasa baru dalam hidup bila bertunang dengan my Mr. Right. Mesti korang kata pasal apa lambat beno kawennya? Dari 2009 kot da kenal pasal apa 2011 baru nak bertunang? hehh.. soal kawen bukanla perkara yang mudah ye.. setelah ditimbang tara, setelah dikaji-kaji, barula approve bila dia memenuhi syarat utama iaitu TAK MEROKOK! dan lain-lain nilai tambah yang buat dia lulus sebelum hari I ni nekad terima dia. cewah sangat.luls
 
2012 - Fasa baru lagi. 17 Mac 2012 jadi tarikh baru yang sangat ohsem dalam hidup bila kami sah jadi husband and wife. Alhamdulillah Allah jagakan hubungan PJJ kami dengan jayanya. Gaduh perang tu biasa la kan tapi Alhamdulillah bukan pada perkara yang too serious. :)  Tapi tu la, bila da kawen ni I la pulak yang gigih travel KL - Gua Musang sebab dia belum dapat tukar. Takkan la I yang da bersusah payah mintak tukar nak mintak tukar ke Kelantan balik kot...memang tak la... lagipun both of us orang Selangor. harusla alasan kawen ni dijadikan sebab untuk mintak dia ditukarkan balik ke KL/Selangor kan.. Masa ni memang rasa penat sangat sebab every weekend I is travelling. Minggu ni gi UiTM, minggu depan balik Gua Musang or shortformnya GM, pastu minggu seterusnya g balik jenguk family pulak dan begitula seterusnya..huuu penat woo tapi sabar je la kan doa banyak2 supaya result pertukaran tu diluluskan.
 
2014 - Alhamdulillah Oktober 2014 husband dapat pindah KL. Syukur sangat2. Terima kasih Allah.  No more travelling to GM. Tempoh 2 tahun travelling jauh ni sangat meletihkan body and mind. Sampaikan rezeki anak yang menyinggah masa tahun 2013 pun xdapat melekat lama sebab mak dia melasak travelling. Maafkan ibu wahai anak ibu yang berusia 10 minggu masa tu ;(  Tapi Alhamdulillah Allah gantikan dengan second pregnancy and my precioys little baby girl was born on 22nd July 2014. Ibu excited je ingat awak nak share birthday ngan ibu 20 July alih-alih awak tunggu tarikh 22 July ye.  Another new phase of life.
 
2015 - My precious little baby princess is now 6 months++. In shaa Allah dalam entry-entry seterusnya akan menyusul gambar-gambar my little one dalam blog ni. 
 
 
Imahappymother!