Friday, April 24, 2015

I'm Waiting For You Dear...

 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia..
 
 
Anak korang umur berapa dah boleh merangkak? Umur berapa dah boleh berjalan? Umur berapa boleh duduk sendiri? Cik mek kecik molek Auni dah 9 bulan pon sekarang. Merangkak pon belum. Apatah lagi nak duduk sendiri. Hahaa... Stress je tengok Lara Alana dah pandai duduk sendiri.
 
 
Apsal stress tengok Lara? Sebab birthday Auni sama ngan Lara. Menengok kemajuan Lara, terasa bengang kat dia. Haha ngan budak kecik pon nak bengang. Tapi chill la kan, setiap budak ni lain perkembangan dia.
 
 
Tapi hati kecil ibu ni kata Auni mungkin nak bercakap dulu ni... Ntah nape dari Auni kecik dulu ada feeling gini. Sebab tengok mulut dia bising nak bercakap. Sekarang ni tiap2 hari dengar dia sebut suku kata suku kata. Ibu pon jadi murai la kat rumah sebab nak bagi dia bercakap.
 
 
Sambil bancuh susu, sembang ngan dia...  "Ibu tengah bancuh susu Auni ni... satu sudu.. dua sudu.. tiga.. empat... lima... enam.. tujuh..!"
 
 
Sambil mandikan dia, sembang ngan dia... "Ibu mandikan Auni ni.... basuh muka.. gosok2 badan... gosok2 kaki... sabun.. tengok tu ada buih.. bla bla bla"
 
 
Sambil lipat kain, sembang ngan dia... "Ibu tengah lipat kain ni... seluar ni ayah punya.. warna hitam.. yang ni tudung ibu.. warna biru.. nanti Auni dah besar Auni pakai tudung ye.... bla bla bla..."
 
 
Gitulah rutin harian pas balik keje... Melayan budak kecik ni bersembang. Heaven betul bila dapat release stress kat tempat keje dengan ngadap budak kecik ni. Tapi bila ingat Lara, stress balik. ekekeke...
 
 
Tengok perkembangan anugerah Allah yang terindah ni, rasa best sangat. Bersyukur sangat diberi peluang untuk rasa pengalaman yang tak semua orang dapat.  Melting bila tengok dia senyum. Even tengah tido terbongkang pon boleh rasa comel je.


And sekarang...
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V



See! Saya dah ada 2 batang gigi.. ^__^



Saya nak cakap dulu la ibu... walker can help me go anywhere in this house. Even u and ayah will carry me right?ehehee...
 
 
Yela kan Auni... bila ada gigi dulu, macam2 awak boleh makan nanti kan.. Jenis suka makan macam ibu jugak kot ni... Takpelah, ibu tunggu je bila awak nak merangkak. I'm waiting for you my dear.. Ke nak langkau step? Terbang terus?ekekee...
 
 
 
 
My little precious.
 
 
 



 

Auni & Honeydew



Hi!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Menu pembuka kat rumah dah kehabisan so masa ke pasar malam hari Selasa lepas, aku beli buah tembikai susu.. Nasib la kan sebab jarang2 dapat yang manis.  Beli sebijik je itupun jenuh nak habiskan. Maklumla dua orang je manusia dewasa kat rumah.. Jenis tangki kecik pulak tu.
 
 
Disebabkan si kecik excited je tengok aku potong buah, so aku pon bagi la kat dia.. Eh suka pulak. Selalunya budak ni tak berapa sangat kalau aku bagi menda2 berkhasiat nih. Bagi kurma kat dia, dia geli-geleman pulak. Apa la.



Auni makan 2 potong. Jadila kan untuk perut kecik dia tu.




Saya comot sikit je... kan ibu? ^__^



Sekian, cerita petang.


 

Dinner di Al-Azmi, Bandar Baru Sentul

 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Rabu lepas suamiku encik mithali bawak isterinya yang tak ngidam ni dinner kat luar. Haih seronoknya tak payah masak! Hehee...
 
 
Kemain dia drive. Pusing2 amik angin malam sampai pukul 10 baru sampai kedai makan. Tuu dia bak hang. Dalam kereta ngabiskan minyak kereta sampai 2 jam jalan2. Rupanya nak ke Sentul je. Dinner kat Restoran Al-Azmi, Bandar Baru Sentul.
 
 
Kedai ni memang selaluuuuu sangat aku ngan one of my friend, Ekin masa blaja kat UiTM dulu lepak lepas habis kelas PJJ. Masa zaman aku ngan Ekin (miss omelette cheese.haha only u n me know the story Ekin) lepak kat sini, makanan dia tak berapa sangat.. Service boleh tahan cepat. Bab makanan, selalu jugak la terkena yang tak best. Kedai ni cuma win bab deco kedai je. Lampu liplapliplap warna-warni. Banyak tempat duduk dalam pondok. Tapi banyak nyamuk. T__T
 
 
Kat sini jugak la tempat yang kami laki bini melantak bila si suami turun KL. Tapi bila dah selalu sangat dpt makanan yang tak best, kami beralih ke jiran kedai ni. Sedap!
 
 
Pas kawin, tak dok Sentul lagi dah.. makanya memang dah lama la tak datang makan kat kedai ni.  Wahh sekarang dah maju la. Service laju gila. Baru duduk dah ada yang amik order. Baru snap gambar sana sini makanan dah sampai. Deco kedai ni dah makin meletop dah. Ok now is time for us to taste the food.


 
Husband punya carrot susu.. dah macam teh ais pulak dalam gambar ni haha maklumla enfon tak cukup handal. >_<



Yang ni mem besar punya.. bandung soda... sedap weyh! Tapi gelas besar gila bak hang. Penyudahnya suku je minum. Balance bungkus. Ginilah kekdahnya kalau orang jenis tak minum air banyak.



Nasi goreng ikan masin pilihan aku untuk husband. Dah dia suruh pilihkan. Makan je la ekk... Okeh menu ni sedap.


 
Haa yang ni pilihan mem besar yang tamak. Hahaaa... nasi putih with daging masak merah ngan kalian ikan masin. Sedap3!


 
Oleh kerana sifat mau mencuba masih menebal dalam diri, sebagai penutup iols order eskrem goreng. Ok jugak not bad. Berebut pulak aku ngan husband.
 
 
Lepas bertahun tak datang sini, boleh disimpulkan bahawa makanan dia da improve, service cepat n deco cantik. Harga bagi aku mungkin setaraf ngan deco yang owner ni dah buat. Nak kata murah sangat tu idak la kan tapi sesekali makan kat luar dengan harga yang macamni ok lah. Berbaloi jugakla dengan tastenya tu.
 
 
 
 
Sekian. Terima kasih suamiku!
Kenyang perut suka hati! 
^__^



 

Monday, April 20, 2015

A Note To Myself

 
 
Hai!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Jadi sedikit moody pagi ni bila terbaca 1 entry dalam blog yang kengkawan share kat facebook. Pasal majlis kawin orang2 Melayu. Tak dinafikan memang ada betulnya apa yang ditulis. Yang itu saya puji. Tapi yang buat mata ni rasa semak, hati ni rasa tak lapang ialah bila tengok cara tulisan yang pada saya agak kasar. Maaf, ini pandangan saya saja.
 
 
Entry aku kali ni bukanlah untuk blog atau entry yang tersebut tu je tapi untuk kita semua termasuk la saya sendiri.  Sebab ada baaaaanyak blog yang tulis dengan bahasa kasar camtu. Sampai jadi persoalan kat diri ni.. Memang orang zaman sekarang suka sound pedas2 maki2 hamun ke eh? Kalau tengok blog or facebook, kemahen lagi professor serba tau ni bagi 'pandangan' diorang. Tak reti adab sopan pulak tu.. Bahasa amboiii cantik betul. Naik menyampah pulak bila baca.
 
 
Wahai manusia yang budiman, di mana adab sopan kamu.. Mak ayah, cikgu2 ajar kita jadi manusia yang berguna, ajar kita supaya beradab, jaga tingkah laku and tutur kata.. Ya saya tau itu blog kamu, itu facebook kamu.. Tapi jadikanlah apa yang ditulis tu ada manfaatnya pada orang lain. Jadikanlah apa yang ditulis tu tak bawak pengaruh yang terlaluuuu teruk pada orang yang membacanya.
 
 
Mungkin untuk yang dah dewasa boleh pikir baik buruknya. Tapi kalau yang baca tu budak2 baru nak up? Tak ke tulisan2 yang tak berhemah mencaci maki mencarut marut semua tu masuk dalam jiwa budak2 ni?  Tak hairanlah kenapa budak2 sekarang makin kurang ajar, tak tau nak hormat orang dan seumpamanya.
 
 
Bukannya kita tak boleh nak suarakan pendapat kita, tapi tolongla.. Tolongla jaga bahasa tu. Jangan biadap sangat. Bangga nau gamaknya dapat mencarut-carut ye? Tak kisahla isu apa sekalipon. Politik ke social life ke, apa2 sekalipon lah, jangan dok menulis sesedap rasa. Bawak2 beristighfar.


 
 
 
Pardon Me    -_-'
 
 
 

 

Friday, April 17, 2015

Dinner 'Simple' Je...

 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Bila angin nak masak tu datang, kena la turutkan.. Kalau tak nanti elok je periuk belanga kat dapur tu tersimpan. Aku bukan pandai sangat masak. Tapi setakat ni kalau masak tu takdela sampai sakit perut dibuatnya... Cuma tak sedap macam mak masak. Air tangan mak jugak yang sedap. Kan? Kan?
 
 
Memikirkan ada ikan bawal ngan udang kat dalam fridge, buat lauk simple sudah la.. Let's cekidaut!




Ikan bawal sweet sour spicy
 
 
Ni sweet sour versi iols.. Iols suka banyak sambal sebab tu tak nampak ikan berenang kat dalam tu. hehe.. Spicy itu wajib bila nak memenuhi selera hubby. Budak2 dilarang makan versi aku ni.
 
 
 
Kobis goreng
 
 
Sempoi je haa sayuran kami.. Tumis bawang, masuk sos tiram, kicap, air sket, last masuk sayur. Garam secukup rasa. Dah siap. 



And udang goreng kunyit aje... Malas nak bercelup tepung bagai.. Heheh..
 
 
Aku rasa bangga ngan diri aku. GST telah membuatkan skill masak aku bertambah baik! Syabbas mera beti.  Sebab aku kata gitu? Disebabkan aku rajin masak sejak2 pelaksanaan GST ni, aku dah improve masa memasak aku.
 
 
Kalau dulu, nak masak satu lauk pon makan 1 jam. Terkial-kial nak potong bawang. Sekarang ni 3 lauk 1 jam setengah. Not bad. Hehehe.. Buat gelak dek otai2 je.
 
 
Okeh setakat ni dulu ye. See ya next Monday!  Iols memanfaatkan cuti hujung minggu ngan family sepenuhnya. No blogging. But yes for whatsApp and Facebook. Hehe..


Happpy weekend!
See ya next week diary..


 

Tips Konvo

 
 
Hi!


Assalamualaikum semua...
 
 
 
 
 
 
 
Haa harini iols is nak sharing info untuk para graduan yang akan menghadapi majlis graduasi ye... Ni untuk remind diri sendiri jugak nih... Jangan nanti aku pulak sendu nanges sesorang luar dewan sebab tak dapat konvo sebab salah ikut step. Hehee.. And tips ini juga dikhaskan untuk mereka2 yang mana merupakan produk yang lahir daripada UiTM.  Kang kalo budak2 U lain ikut tips konvo ni tak dapat konvo jangan salahkan ahkak pulak.. Ahkak taktau tatacara U lain. Ahkak dah bagi warning nih. 
 
 
Let's cekidaut apa graduan patut buat menjelang hari bahagia itu nanti ye... err hari bahagia di sini  lebih menjurus ke arah hari graduasi ye adik2, bukan hari perkahwinan. Harap maklum.
 
 
  • First, yang terpaling penting, lepas habis final exam tu korang2 adik2 janganla jadi kacang lupakan kulit.. Jangan lupakan terus ID and password student portal ke apa ke.. Selalu2 la jenguk web UiTM ye.. Korang mesti excited punya kan nak konvo. Maka dengan itu u must always look2 at UiTM website. Senang cite korang taip je konvo uitm kat google. Kang jumpa la link terus ke hal2 yang berkaitan ngan konvo.  UiTM akan update segala cerita untuk majlis graduasi kamu itu nanti okey.. Apa yang patut buat sebelum, semasa and selepas konvo.
 
  • Nanti geng UiTM akan bagi SMS untuk remind kita supaya kemaskini maklumat. Yang ni ada due datenya. So make sure kemaskini maklumat2 tu ikut tarikh yang depa dah tetapkan. Kang kalau salah ejaan nama ke apa ke kat sijil diploma or izazah or masterji tu jangan korang gi ngamuk pulak padahal diri sendiri yang tak check. Nama tu ikut dalam IC tau. Jangan bagi nama Facebook pulak.. Teruna Idaman ke.. Gegirl Melayu Terakhir ke.. wakakaaa tak kose!
 
  • Pastu korang kena buat semakan denda universiti. Jangan konfiden sangat mengatakan korang tu takde hutang. Check dulu. Mana la tau ada saman lalu lintas ke.. denda korang pinjam buku kat library tapi tak pulangkan ke.. denda tatatertib ke.. Haa check dulu tau. Bayar hutang. Hutang itu wajib dibayar. Jangan sampai ahkak bagi tazkirah pulak.
 
  • Untuk membolehkan anda berkonvo, anda perlulah membayar yuran konvo ye... Rate yuran adalah berbeza mengikut diploma, degree atau masterjinya... Macam ahkak, demi menunaikan impian diri sendiri, impian family and impian hubby, ahkak kena bayar yuran RM165.00 untuk degree ahkak yang ahkak dah belajar selama 5 tahun itu. Hah nak sebut jugak 5 tahun tu khenn..
 
  • Pastu, rajin2 kan diri tu jawab soalan kajian pengesanan graduan. Jangan memandang enteng kat benda ni ye. Sebabnya pas jawab soalan tu, korang kena print hasilnya nan sekeping itu untuk dibawa bersama2 dengan resit or slip bayaran konvo dan juga borang jubah yang dah diisi masa nak amik jubah konvo nanti. Ingat 3 benda ni masa nak pi amik jubah. Kang ada yang pakai baju kelawar masa amik scroll pulak. muehehehe.. Yang mana tak dapat datang amik jubah tu boleh mintak wakil amikkan. Dengan syarat ada 3 benda tu lah.
 
  • Da setel semua perkara di atas, sekarang bolehla kamu sume mengintai kamu kamu kamu tu akan konvo untuk sidang ke berapa.. Untuk konvo ke 82 ni, iols sidang yang ke 8, pada 13 Mei, sesi pagi. Pukul 7.30 dah kena ada. Huii cemana la hari tu nanti ye. *tengah membayangkan nih.  Kat announcement sidang2 ni jugak nanti akan dikabokan bila mengkome kena datang amik jubah ngan raptai. Supaya boleh la mengkome mengimejinkan hari sebenar ittew nanti. Boleh agak la kan kasut apa yang sesuai..Takdela sakit kaki bila salah pilih kasut untuk aktiviti yang kena banyak berdiri ni.. baju apa nak match ngan kaler jubah.. Nak pakai tudung neelopa ke.. tudung paridah ke.. kekekee...
 
  • Kendian, ikut la arahan2 yang lain tu.. baca etika pakaian untuk graduan ngan tetamu... baca kat mana nak park kereta.. Sume ni untuk kelancaran konvo jugak.. tak gitu?  Pastu yang mana dok jauh tu, survey la hotel mana yang korang nak duduk. Booking siap2. Musim2 konvo ni biasanya hotel terlajak laris.
 
 
Okeh, rasanya itu saja tips yang korang kena amik perhatian. Selain tu, korang boleh la nak usha2 henbeg, kasut, baju untuk hari bahagia ittew. Boleh juga acah2 baling topi ke atas sambil berselfie. Hihihi... Lastly, jaga kesihatan. Kalau datang konvo time demam ke sesema ke batuk ke kan tak best. Mana nak disorokkan batuk yang sebatu pon boleh dengar? Mana nak diletakkan sapu tangan ingus ketika bersalaman mengambil scroll? Hehe.. Safety first okey.. ^___^v
 
 
Aku gi amik jubah 3 Mei nanti... nanti aku update apa yang berlaku k.. Cemana perjalanan amik jubah tu... smooth ke idok ke..  Mudah2an berjalan lancar la menuju hari konvo nih. Amin amin amin ya rabbal alamin.
 
 
Rabbi yassir wala tua'ssir.
 
 
 
 
 

 
^__^
 
 
 

Tuesday, April 14, 2015

Port Dickson vs Melaka

 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Sambil-sambil menguruskan urusan konvo, sempat lagi aku survey tempat untuk gi bercuti. Almaklumlah... meraikan kejayaan meraih degree lepas 5 tahun study la katakan... ngalahkan orang buat medic je haa sampai 5 tahun. N the best part is, my convo day jatuh pada hari lahir suamiku encik mithali! Double happiness n sweet n best moment ever lah ni.. smileee ^___^
 
 
Dalam pikiran aku takdela nak gi jauh-jauh... samaada PD atau Melaka je. Memang 2 tempat ni je yang agak-agak dekat. So kos minyak boleh la save sikit kan. Tempat jauh-jauh tu lain kali iols gi ye..
 
 
Walaupun listnya cuma 2 yakni PD or MELAKA, tapi peningnya nak buat keputusan mana nak pergi punyala pening! Aku pon pening dah ni. Most important thing is, aku nak tempat tu ada pool. Boleh la si kecik Auni mandi.
 
 
Survey punya survey, aku dalam dilema lagi jadinya. Kalau gi PD, hotel bersepah. Tinggal pilih je nak hotel mana. Nak yang 5 star ke yg 1 star. Hehehh nehi nehi kabhi nehi la kan aku pilih 1 star. Tapi PD takde tempat nak merayap sangat.. Lauttttt je la sampai sudah. Tak mungkin la aku nak melepak kat Muzium Tentera Darat tu pulak. Hihii.. Ke ada tempat menarik kat PD yang aku taktau. Boleh sajes?
 
 
Kalau gi Melaka, haaa engko banyak gila aktiviti boleh buat. Sampai aku takut misi sampingan iaitu membawak Auni kat pool boleh diketepikan. Tau je la Melaka tu macam-macam ada.. ngan Muzium 3D kat sana pon dah bukak kan.. rivercruise, asam pedas untuk dia pon ada. coconut shake... eh makanan je pulak haa..








So..... nak makan asam pedas Melaka ke masak lemak cili api Negeri Sembilan? Tengok dua-dua gambar ni pon boleh kecur ayaq liuq.


Tanya kat husband, dia bagi jawapan merapu je. Tak membantu langsung! Sabo je la.






Biar Auni je lah vote.



^___^
 
 
 

 

Mak, Ayah Atau Husband? Yang Mana Tidak?

 
 
Hai!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Okeh, mood konvo suda mari... Apa yang patut diisi, dah diisi. Apa yang patut print, dah print. Tinggal nak bayar yuran je.
 
 
Cik diary, aku dalam dilema nih.  Memang sedia maklum la kan, kita boleh bawak 2 orang je jemputan untuk masuk dalam dewan. Aku serba salah sangat ni. Sememangnya aku nak mak ngan ayah ada dalam dewan sebab dari zaman bujang diorang support aku bukan setakat bagi sokongan moral n semangat, tapi jugak support separuh daripada yuran tiap semester. Doa mak ayah setiap kali nak exam, memang jadi pendorong untuk habiskan study.
 
 
Dan sememangnya jugak aku nak suamiku encik mithali ada dalam dewan jugak sebab bagi keizinan sambung blaja, bagi sokongan, memahami time aku buat assignment, menunggu sorang2 dari pagi ke petang kat UiTM Puncak Alam tu (masa Auni blom kuar perut), jaga Auni kat surau sebab tunggu iols attend class.  Kesabaran n pengorbanan suamiku itu sangat2 dihargai.  Tiap kali exam, doa ikhlas dari mulut dia memang buat aku rasa tenang n boleh jawab periksa dengan baik. Serius ni tak tipu. Cuba kalau masa exam tu kami tengah gaduh, ototmetik aku takleh goreng masa exam. Doa sorang suami btol la. Hehe..
 
 
Mak - Sentiasa support and sokong. Doa seorang ibu memang takde hijabnya kan. Lagipon dia ibu yang melahirkan, dah tentu aku nak dia tengok aku amik scroll atas pentas.
 
Ayah - Salah satu sebab aku sambung belajar ialah sebab nak penuhi impian dia. Dulu aku masuk sekolah teknik pon sebab tunaikan impian dia jugak. Sebab ayah cite, dia pernah dapat tawaran masuk skolah teknik. Tapi tak dapat pergi sebab masa tu arwah atuk gi haji, so si abang sulung yang dipertanggungjawabkan jaga adik2 tak bagi ayah gi. So, untuk menghappykan dia, aku masuk skolah teknik. And sekarang, dah tentu dia orang yang paling happy bila anak sulung dia dapat genggam ijazah n memang hajat dia nak aku ada sekurang-kurangnya degree supaya jadi contoh kat adik2 yang lain.
 
Hubby - Dia pon orang paling happy jugak sebab dah tak payah bertapa kat surau lama2 tunggu aku habis kelas. Hahaha... Tapi yang sebenarnya, aku appreciate segala bantuan n kesabaran dia... sebab tu macam tak sampai hati nak tinggal dia kat luar dewan..Kalau dia tak izin aku sambung blaja masa dah kawin, haa tak merasa la bergambar ngan jubah ngan topi.. haa gitu kekdahnya.
 
 
Disebabkan faktor2 inilah aku dalam dilema. Mak, ayah, suami. Memang orang2 ni yang aku nak angkut dalam dewan. Tapiii dukacita dimaklumkan cuma 2 orang je yang boleh. Huhuuu...
 
 
Siapa yang harus ku bawa ke dewan? Auni memang kena dok luar la.. kang orang tengok dia je tak tengok mak dia kat pentas amik scroll. Hehehh.
 
 
Semoga yang tak masuk dewan tu nanti tak berkecik hati.. Sesungguhnya aku juga tak mau begitu...
 
 
 
 
 
 

Monday, April 13, 2015

Sleepy Monday



Hi!


Assalamualaikum dunia...


Hello diary! Ngantok tahap kritikal betul aku harini... nak bangun pagi tadi rasa punya la berat mata ni. Penat. Serius penat.


Semalam buat tahlil arwah ibu mertuaku... Udah namanya masak sendiri, makanya bersinsing lenganlah kita.. Tapi taraf bukan pro masak macam aku ni, tugas-tugas mudah je la yang aku buat pon.. Kupas bawang, tolong kacau, tolong goreng ayam pastu buat food testing sampai berketul-ketul ayam masuk mulut. Hehe..


Lepas Isyak, budak2 tahfiz sampai dan tahlil bermula.. Gedebuk-gedebak, pukul 10 lebih baru selesai semua. Kami pon kemas2 apa yang patut. Pukul 11 gerak balik Cheras. Tepat pukul 12 sampai umah dengan muka penat (bukan muka Cinderella). Terus tidoooo...
 
 
And pagi ni rasa macam nak amik cuti je. Untuk tido. Huhu.







Aku memang rasa letih macam pompuan dalam gambo ni. Longlai je rasanya nak berjalan.  Mood pon takde nak buat kerja.  Cepatla petang menjelma....  Mata ni dah kuyu macam minah pet pulak haa..
 
 
Owhhh sleepy Monday..
 
 
 
 
 

Friday, April 10, 2015

Friday is Today. Esok Lusa is Weekend. Hoho Sengal Punya Tajuk Entry


 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia...
 
 

 
 
bangun tido je smile... alahai sweet la awak



Ini la dia rupa orang baru bangun tido pagi tadi. Original sangat rambut tu Auni... Kembang gittew.. Walaupun kembang, I still love u baby.
 
 
Oooo ya... suamiku encik mithali dah balik dari kursus semalam. Bukan setakat handout je dia bawak balik, siap ada udang besau2 ngan ikan bawal 4 ekor. Juga besau. Ni gi kusus ke gi mancing ni bang? Mujo u bawak balik ikan.. Kalau pancing lain yang tersangkut, iols karate u.
 
 
Disebabkan teruja tengok udang ngan ikan yang banyak tu dan sedar diri kami takde space nak simpan, maka dipanjangkan la rezeki tu pada jiran sebelah umah ngan depan umah. Lupa nak snap pic udang ngan ikan masa dia dalam esbok tu. Geram nengok udang besau2.
 
 
So, udang tu akan digoreng aje kot. Biar makan ada bunyi kruk kruk crunchy. hoho sodapnya! Ikan bawal tu pulak nak buat masak masam manis je.. but not today.
 
 
Esok weekend menjelang lagi. Happy holiday uols!





 

Thursday, April 9, 2015

Needs vs Wants

 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Bila tengok MeleTop baru2 ni baru tau rupanya sekarang depa tengah dok promo Lawak Ke Der 2015 yang akan berlangsung di Istana Budaya bermula 16 hingga 19 April 2015.. Adoii lambat pulak aku tau pasal ni.
 
 
Teringin rasa di hati nak tengok LKD. Maka dengan itu, aku pon mencemar duli tengok tiket kat ticket2u..
 
 
Tengok pulak bila tarikh yang konon2 available. Emmm macam takde date yang seswai je untuk kami laki bini tengok LKD tuh. Kalau nak gi malam, mana pulak nak diletakkan si kecik Auni..  Kalau gi siang, memang idok la aku sampai nak apply cuti bagaii.... Kalau nak gi hari Sabtu Ahad pulak, aku balik kampung. Kena balik jugak untuk raikan birthday my beloved mak. So kesimpulan yang boleh dibuat, tak tengok la jawabnya...
 
 
Takpelah, dapat jugak save duit memandangkan menda ni bukannya keperluan pon kan.. Cuma kehendak je. Tak dapat tengok pon tak rugi. Berbelanja secara berhemah dah aku sekarang ni.. Silalah contohi saya ye adik2..
 
 
 
 
Sila bijak bila memilih. Itu kehendak atau keperluan? Ececeehhh pandai sangat aku.
 
 
 
 
Alaa stakat Harith Iskandar, Afdlin Shauki, Bocey ngan sape2 lagi tu apa lah sangat... Kat rumah sendiri pon dah ada pak lawak yang kadang2 menyakitkan hati. Sape lagi kalau bukan suamiku encik mithali. Ditambah pulak ngan gelagat si kecik Auni yang innocent itu. Tu pon dah cukup menggeletek hati nurani si ibu dah. Love them both!
 
 
 
 
 
 

Bila Sindrom Masa Pregnant Menyerang

 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia....
 
 
Sindrom apakah yang sedang terjadi ke atas diri ini? Mengapakah kelaparan tahap warga Somalia je aku ni bila menjelang petang? Nak kata pregnant, bukan. Mungkin anak cacing yang kelaparan kat dalam perut nih.
 
 
Waffer coklat kat pantry tu dah berapa ketul masuk dalam mulut. Pon tak dapat meredakan rasa lapar yang hado sekarang ni. Cepatla pukul 5... Gue sudah tidak sabar mau pulang.
 
 
Balik rumah nanti siapla kau wahai nasik!



























 

Yayy Partner Balik!

 
 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia....
 
 
Hari Khamis dah.... Petang ni partner gaduh kat umah balik dari kursus. Ngeheee... Seawal Subuh tadi kemas umah sebab masa berdua ngan Auni iols is tak sempat nak sapu sampah. Hahaa..
 
 
Yayyy ayah boleh amik alih tugas basuh poo Auni and buat susu Auni bila malam. Yayyy!!! I'm happy!










^___^



 

Tuesday, April 7, 2015

Auni & Puree Epal



Hi!


Assalamualaikum dunia...





 
Disebabkan ibu takde partner borak semalam, dengan rajinnya ibu buat puree epal untuk Auni, campur ngan susu dia sket.


Daripada penuh 1 mangkuk, sampai licin dia tibai. Alhamdulillah, seronok ibu. Sebelum ni ibu buat puree carrot awak tak nak makan. Siap buat muka pelik lagi.


Lepas ni nak cuba puree apa ye...

 

Monday, April 6, 2015

Lauk Simple Bila Sorang.



Hi!


Assalamualaikum dunia...




Pucuk dan suhun tumis air, sambal ikan bilis...


Lauk simple je bila partner dinner takde... makan apa agaknya suamiku kat kusus tu ye?





 
 
 
counting days....


 

9 Game Yang Best Zaman Sekolah

 
 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Ternampak kat internet pasal permainan masa kecik2 dulu. Thanks to thevocket kerana mengimbau kenangan sekolah iols beberapa tahun dulu. Cehhh beberapa sangat... Muda lagi la kononnya tu ye.. hehe..
 
 
Daripada 9 games yang thevocket listkan, ada some yang iols tak pernah main.
 
 
Let's cekidaut apa dia 9 games tu. (Share dari website thevocket. Thank you)
 
 
 
1. Happy Family Card

happy family

happy-families-5864-large
 
Game ni femes kat skolah aku time lepas UPSR. Best jugak Happy Family ni.  Anak beranak sume sama je profesionnya. Hehe..
 
 
 
2. Donkey Card

donkey card

donkey

Donkey ni pon sama ngan Happy Family. Femes kat skolah pas UPSR. Game ni aku tak minat sangat.
 
 
 
3. Penutup Botol

btol



Haaa yang ni best. Lawan ngan bebudak lelaki kat kelas. Tapi ternyata aku dengan mudahnya ditewaskan. Hahaa...Tapi aku suka game ni.
 
 
 
4. Uno Stacko

uno_stacko_by_Evabnormal

16477668
 
Uno ni ak tak pernah main. Taktau nape, tak minat nak cuba. Setakat tengok je member2 main.
 
 
 
5. Saidina dan Jutaria
 
Yang ni best. Berangan jadi kaya jap bila banyak duit kat tangan. Dengan hotel, rumah segala... Ni pon tumpang main bila balik kampung je.. Tumpang sepupu2 yang ada menda nih.

8345620852_e471ae904a_m

pics iphone 036


 
6. Tetris Brick Game
 
Menda ni memang jadi kesayangan aku dulu nih... Ayah kesayangan belikan. Balik kampong pon bawak menda ni. Yang jadi feveret game dalam brick game ni is game kereta ngan tetris. Expert gile ah ngan tetris! Sampaikan saja2 buat kalah sebab asyik menaaaaaannngg je. Penat dah. Ini demo Tetris Brick Game:
 




7. Compendium Board Games
zC-1000x600

Combination of games yang diletakkan dalam 1 kotak ni memang aku tak pernah ada... Seingat aku pon, yang aku ada pon free gift yang aku dapat dari KFC. Ada lagi rasanya kat umah mak tu. Nak kena cari nih...
 
 
 
8.  Batu Seremban
 
Wahahahaaaa...ni memang kepakaran aku la nih... memang aku akan olwez jadi winner bila main game nih. Dok sorang2 pon aku main jugak menda ni untuk menajamkan otak. Pasaipa aku cakap menajamkan otak? Sebab dia memahirkan koordinasi mata dan tangan, pastu menjadikan aku terer matematik. Hahahh.. Yang bestnya, membe2 cakap aku untung sebab dapat timbang batu seremban banyak2 sebab tangan aku lentik. Pasai tu markah cepat naik. Hahaha... Legend oii game ni.... Legend...
 
Siap order ngan member lagi bantal kecik yang ada isi kacang hijau tu.. Untuk buat latihan kat umah. Bila lawan ngan member, tetap guna batu jugak. hehehe.. Kelasss sangat sampai buat latihan. Haha..
 
Ini adalah permainan batu seremban:
 




9. Lompat Getah
 
Haaaa yang ni pon feveret aku gak nih. Selalu main lompat getah ni kalau kat sekolah agama petang. Gi sekolah mesti siap pakai suar track kat dalam, nak main lompat getah punya pasal... Game ni dulu aku salunya nombor dua terer. Alkisahnya, aku ngan member aku ni je pompuan paling tinggi kat kelas tu.. Tapi member aku ni lagi tinggi sket dari aku. Kitorang berdua ni kalau getah tu stakat paras kepala, senang2 je bleh lepas. Amacam terer x.hihihii...
 
Kalau main lompat getah ni member2 tak bagi kitorang 1 group sebab diorang tau diorang akan kalah teruk. So aku ngan si Faezah ni mesti akan jadi leader untuk group masing2. Barula fight. Tak gittew?
 
Sekarang ni jangankan getah tu paras kepala, aras ketiak pon boleh buat semput. Hehe..

lompat getah
 
 
 
Apapon games year 90s ni memang legend la kan.. Tak macam bebudak sekarang. Gajet je. Tak best langsung.  Akanku cari games2 yang macam ni untuk Auni. Biar dia membesar dengan game2 camni yang lagi merangsang otak, yang boleh ajar dia skill yang dia takkan dapat dalam gajet. Game Happy Family, Saidina, Batu Seremban tu pon kalau main anak beranak could be the best bonding time jugak kan? Lagi fun daripada ngadap gajet sorang2. Suka, sedih kau sorang je yang tanggung. Better we share the laugh and joy kan?
 
 
 
Miss my friends, my teachers, my schools.
 
L.O.V.E


 

Diari Semalam




Hi!


Assalamualaikum dunia..


Rushing kami balik dari kampung bila pagi Ahad hubby dapat call dari bos dia. Mintak gantikan ofismate untuk gi kusus.. Ofismate tu tak dapat gi sebab ayah dia tak sihat pulak, masuk wad... Pukul 2pm semalam kami balik dari Batang Kali zusssss ke Cheras. Sampai umah je terus bergegas packing barang apa yang patut untuk seminggu. Lipat2 je kemeja ngan suar slack. Nak kena pantas sepantas Fast & Furious sebab pukul 4 hubby nak kena gerak.


Dengan apa segala surat kususnya takde, hubby redah je cari tempat kusus. Katanya kusus sampai hari Khamis ni. Huuu cepatla masa berlalu... Nanti iols bosan. Takde partner gadoh. Takde orang yang tolong iols basuh montot budak kecik Auni bila dia uk uk. Hehehh...


Baru hari pertama nih. So far Auni ok je.. As usual, dia anak yang senang sangat2 untuk dijaga... Ni bukan aku yang pandai2 cakap tapi memang sape2 yang tengok perangai Auni, memang depa kata "Senang beno si Auni ni... bagus betul". Alhamdulillah. 
 
 
Lepas maghrib tu dia dah tergolek-golek kat toto depan TV.. Sementara dia main sorang diri, aku cecepat gi mandi, solat.
 
 
Siap semua, tengok2 dia dah zzzzzzzzzzzzzz.... 



V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V





Siannnn my baby.. Takde orang layan ye..
 
 
 
 
Sementara dia tengah tido tu aku kemas beg balik kampung yang tak sempat dikemas bila mendulukan beg kusus si ayah.
 
 
Baru siap mengemas beg, si kecik dah bangun.
 
 
Masukkan dalam walker, kemana aku pergi, ada bodyguard ikut. Kita dok iron baju kat bilik belakang dia ikut, kita gi dapur dia ikut, mata tak lepas tengok kita. Iols ada peminat fanatic pulak haaa malam tadi.
 
 

 
 
 
 
Pastu ntah mimpi apa yang dia dapat tetiba jadi ganas pulak. haha.. Ntah nape dok gigit2 lengan iols. Bila kita tarik lengan dia boleh ketawa terkekek-kekek pastu amik balik tangan kita tu nak gigit. Bila kita jerit sakit dia sengih lagi pastu tarik tangan kita lagi nak gigit. Gigih dia berjengket kat dalam walker dia tu nak tarik tangan kita..


Bawak dia kuar dari walker untuk digomol. Eh eh tengok2 dia jugak yang gomol ibu.



 
Auni with happy face bila dapat gigit ibu. Grrrr


Hadoiii layan je la budak ni. Sampai lebam tangan dibuatnya.


Dah penat main, finally.....



 
V



V

V



V



V



V



V



V





 
Finally ibu boleh tengok ABPBH dengan nyaman tanpa gigitan si kecik.
 
 
 
The End.