Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

Kembali Ke Hobi Lama.... Novel

 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia..


Terlupa la pulak nak bawak novel yang encik suamiku mithali belikan sempena hadiah anniversary kami baru-baru ni.. Bosan dah mengadap google je. Baca novel through online ni tak best. Feel tak sampai gittew...


Oleh kerana bosan tahap gaban ni, google la jugak. Google novel apa yang tengah in sekarang. Dok survey2 novel ni terperasan pulak tajuk novel macam lebihkurang je. Mesti ada suamiku bla bla.. isteri bla bla.. miss bla bla.. mr sotong vs miss tomboy..dan lagi dan lagi... Nak-nak kalau title buku prima.


Tajuk novel yang normal2 tu biasanya terbitan alaf21 la.. tapi yang producer sekarang gila-gilakan is novel-novel yang jalan citenye kawin paksa kan? Tak dinafikan la, aku pon suka jalan cite yang macam tu. Bila kat novel, aku redha sebab tu cuma cite rekaan je.. tapi bila dah didramakan, nak kena logik la kan dengan kehidupan manusia yang ada adab budaya dan kelogikan hidup kita kan. Bab kawin-kawin ni mana boleh kontrak. Tak baik la plan pas kawin tu nak cerai. Itu beza alam realiti ngan alam novel.
 
 
Kalau tajuk-tajuk novel prima pulak lebih catchy. Sesuai untuk golongan muda belia remaja... Zaman-zaman iols muda dulu dah biasa ngan tajuk macam ombak rindu... pergilah sepi.. sepi tanpa cinta.. haa gittew tajuk novelnya.. Alaf21 punya title macam jiwang-jiwang sket tapi tak banyak laaa. Aku tak jiwang k.... hoho
 
 
 
Misi cari novel yang best akan diteruskan lagi. Nak mengabiskan baucer buku untuk terakhir kalinya yang iols dapat. Selagi ada nama kat list penerima baucer, selagi tu la iols amik kan... da memang hak iols. Baucer RM250 nak dihabiskan kat novel ke? hehehh... syorgaaa...syorgaaa....
 
 
 
Okehla... sampai di sini sahaja menceceh untuk harini. Tak payah nak Wordless Wednesday sangat la kan. heee~
 
 
Babai diary!
 
 
 

Monday, March 23, 2015

Demam Teman Lelaki Upahan





Hi!


Assalamualaikum dunia...









Dah nak hujung-hujung cerita baru tau cite ni best. Adoiiyaii.. Memula aritu konon tanak follow citer ni sebab tak minat hero ngan heroin dia. View sekali je sebab ingatkan Izara Aishah comel tu heroin rupanya idok, terus tak tengok. Tapi mutakhir (ceh tatabahasa sangat perkataan aku) ini daku secara tidak sengaja ter'involve' dan ter'gila' dengan cite ni. Ni sume adik aku punya pasal. Dikatanya cite ni best. Mengundang rasa ingin tahu dalam diri untuk meng'discover' apa yang bestnye cite ni. Tengok 1 episod. Dengg! Comey pulak perangai si El nih. Secara tidak langsung menyebabkan aku terus lekat depan TV tetiap maghrib untuk menontonnya.
 
 
Tak sangka jugak si Elizad tu mantop jugak eh berlakon. Kaw-kaw punya berlagak sombong tahap gaban ah dia. Rasa nak picit-picit je dia sebab buat El iols sedih ditinggalkan ngan cara kejam.
 
 
Tapi si Ungku Ismail memang besh arrr... sempoi je kan. haha hero baru yang bakal kusukai. Don't worry hubby, u always in my heart.hehehe..



 
 
Aku ni boleh dikategorikan sebagai pembaca novel yang tegar. Dulu la sebab baaaaaaanyak masa nak baca novel. Sekarang ni dah tak tegar sangat sebab dalam setahun adala 10 buah novel je yang aku beli. Tu pon demi nak mengabiskan baucer buku. Tu la, selalu bagi baucer buku masa orang da abis blaja, memang la ke laut jadinya.  Ok kembali ke cerita asal. Sebagai pencinta novel, aku tak suka kalau novel difilemkan atau didramakan. Taktau nape. Maybe sebab imaginasi aku pasal hero heroin dalam novel tak digambarkan kat TV or panggung.
 
 
Cerita novel yang paling meh sekali pilihan pelakon is Ombak Rindu. Memang aku tak suka betoi Maya Karin jadi Izzah. She supposed to be Mila - model gedik.  And Lisa Surihani should be Izzah sebab logik la sket dia tu muda, naif and memang sesuai sangat ngan watak Izzah tu. Lain kali nak buat drama/filem, baca dulu watak-watak dalam novel ye encik-encik pengarah sekalian alam. Menghancurkan imaginasi pencinta novel je kalau pemilihan pelakon tu tak tepat. Whatever it is, cerita tu dah berzaman pon kat panggung kan. Tapi memang aku tak suka jugak sampai sekarang. Huh.
 
 
Ok, back to Teman Lelaki Upahan.  Disebabkan aku tak baca novel asal, so aku suka je ngan cite ni.hihi. Owh El. Sweet la awak. Cemana endingnya ye?  Tinggal lagi bape episod je nih.  Tapi macam boleh agak sebab standard la kan happy ending dalam cerita-cerita Melayu ni. Nanti weols tak gembira pulak kalau hero heroin tak bersatu.
 
 
Ok la sampai di sini saja ulasan picisan iols. Tataa~~









 

Thursday, June 16, 2011

abes sudaa......

end of nora elena's story....

owh...seth.... (^_^)

drama nora elena yang jadi kegilaan pempuan-pempuan, wanita-wanita di mesia untuk beberapa minggu ni da pon melabuhkan tirainya petang tadi. yvonne x mati, walaupun ramai pengikut setia cerita ni jadi director kat umah sendiri dengan buat macam2 spekulasi tentang akhir hidup yvonne. kalau ikut novel, yvonne tu mati lastnya. tapi xpela, da kena tangkap tu pon kire ok la jugak kan. seth dan nora elena, happily ever after dengan anak diorang yang sempat dijaga dek macik suruhan yvonne kat rumah kosong. hehe.

ok stop cite pasal c nora. cik neesz tengok sekarang ni da jadi trend pengarah2 kat mesia ni buat drama @ filem based on novel. nape? xde idea untuk garap cerita sendiri ke? wui macam pedas je bahasa cik neesz. tapi itu la yang ada dalam kepala cik neesz. cik neesz bukan apa, sebagai kaki novel yang agak tegar, cik neesz x suke kalau novel didramakan atau difilemkan. sebabnye imaginasi cik neesz jadi tergugat bile watak2 novel tu diwujudkan depan mata. lagi tambah sakit ati bile pemilihan pelakon untuk watak novel tu cik neesz rasa x sesuai. huu rasa macam frust je. 

sebelum ni memang cik neesz x tengok drama or filem yg based on novel sebab banyak director yang x wujudkan watak tu dengan bagus. cuma cik neesz boleh katakan ada la jugak certain drama dari novel yang boleh cik neesz puji. antara yang best drama errr..ape eh tajuk die? yang rosyam nor, amyza adnan ngan fouziah gous tu. cik neesz ingat tajuk novelnye aje - x seindah mimpi. ada sesiapa ingat tajuk drama kat tv1 tu?

nora elena ni drama yang ok jugak la pada cik neesz. maybe sebab cik neesz x pnah bce novel ni kot. jadi emosi tu x terganggu sangat. haha.

sekarang ni cik neesz dok tunggu filem ombak rindu yang maya karin, lisa surihani dengan seth. eh bukan, aaron aziz belakon. ha cakap pasal filem ni, cik neesz yakin ramai pembaca2 novel ombak rindu x puas ati ngan pemilihan pelakon kan? eh bukan pelakon, tapi watak yang dibagi tu x kena. mati2 cik neesz ingat akak i yang kiut miut yakni lisa surihani tu bawak watak izzah, sekali die bawak watak myla daa.....aiyoo mister potato, x seswai la. akak i yang matured yakni maya karin pulak bawak watak izzah. ish, rasa macam nak suruh pngarah tu buat shooting balik je la. muke lisa tu sah2 la cute, muda remaja, lemah lembut ngan naif, tersangat laaaa sesuainya jadi izzah. die sepatutnya jadi izzah la.. budak perempuan dari kampung yang kena jual kat bapak ayam oleh bapak tiri sendiri sebab judi. n maya tersangat laaa sesuai jadi myla, model yang gedik nak mati. die pon lagi tua dari watak izzah tu, so maya suppose to be myla! heiiiii x puas ati btol la. aaron aziz tu cik neesz sokong la sebab watak hariz tu memang lelaki yang da brumur tapi kawin ngan pmpuan muda yakni izzah. huuuuu kan best kalo cik neesz ni pandai mengarah filem. brangan sudah!

ombak rindu. i'm waiting 4 u!


apepun, cik neesz tetap nak p tengok ombak rindu kat cinema nanti. harapnya x la mengecewakan. wokey la, wa cau sin ci! babai!