Friday, April 24, 2015

Dinner di Al-Azmi, Bandar Baru Sentul

 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Rabu lepas suamiku encik mithali bawak isterinya yang tak ngidam ni dinner kat luar. Haih seronoknya tak payah masak! Hehee...
 
 
Kemain dia drive. Pusing2 amik angin malam sampai pukul 10 baru sampai kedai makan. Tuu dia bak hang. Dalam kereta ngabiskan minyak kereta sampai 2 jam jalan2. Rupanya nak ke Sentul je. Dinner kat Restoran Al-Azmi, Bandar Baru Sentul.
 
 
Kedai ni memang selaluuuuu sangat aku ngan one of my friend, Ekin masa blaja kat UiTM dulu lepak lepas habis kelas PJJ. Masa zaman aku ngan Ekin (miss omelette cheese.haha only u n me know the story Ekin) lepak kat sini, makanan dia tak berapa sangat.. Service boleh tahan cepat. Bab makanan, selalu jugak la terkena yang tak best. Kedai ni cuma win bab deco kedai je. Lampu liplapliplap warna-warni. Banyak tempat duduk dalam pondok. Tapi banyak nyamuk. T__T
 
 
Kat sini jugak la tempat yang kami laki bini melantak bila si suami turun KL. Tapi bila dah selalu sangat dpt makanan yang tak best, kami beralih ke jiran kedai ni. Sedap!
 
 
Pas kawin, tak dok Sentul lagi dah.. makanya memang dah lama la tak datang makan kat kedai ni.  Wahh sekarang dah maju la. Service laju gila. Baru duduk dah ada yang amik order. Baru snap gambar sana sini makanan dah sampai. Deco kedai ni dah makin meletop dah. Ok now is time for us to taste the food.


 
Husband punya carrot susu.. dah macam teh ais pulak dalam gambar ni haha maklumla enfon tak cukup handal. >_<



Yang ni mem besar punya.. bandung soda... sedap weyh! Tapi gelas besar gila bak hang. Penyudahnya suku je minum. Balance bungkus. Ginilah kekdahnya kalau orang jenis tak minum air banyak.



Nasi goreng ikan masin pilihan aku untuk husband. Dah dia suruh pilihkan. Makan je la ekk... Okeh menu ni sedap.


 
Haa yang ni pilihan mem besar yang tamak. Hahaaa... nasi putih with daging masak merah ngan kalian ikan masin. Sedap3!


 
Oleh kerana sifat mau mencuba masih menebal dalam diri, sebagai penutup iols order eskrem goreng. Ok jugak not bad. Berebut pulak aku ngan husband.
 
 
Lepas bertahun tak datang sini, boleh disimpulkan bahawa makanan dia da improve, service cepat n deco cantik. Harga bagi aku mungkin setaraf ngan deco yang owner ni dah buat. Nak kata murah sangat tu idak la kan tapi sesekali makan kat luar dengan harga yang macamni ok lah. Berbaloi jugakla dengan tastenya tu.
 
 
 
 
Sekian. Terima kasih suamiku!
Kenyang perut suka hati! 
^__^



 

Monday, April 20, 2015

A Note To Myself

 
 
Hai!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Jadi sedikit moody pagi ni bila terbaca 1 entry dalam blog yang kengkawan share kat facebook. Pasal majlis kawin orang2 Melayu. Tak dinafikan memang ada betulnya apa yang ditulis. Yang itu saya puji. Tapi yang buat mata ni rasa semak, hati ni rasa tak lapang ialah bila tengok cara tulisan yang pada saya agak kasar. Maaf, ini pandangan saya saja.
 
 
Entry aku kali ni bukanlah untuk blog atau entry yang tersebut tu je tapi untuk kita semua termasuk la saya sendiri.  Sebab ada baaaaanyak blog yang tulis dengan bahasa kasar camtu. Sampai jadi persoalan kat diri ni.. Memang orang zaman sekarang suka sound pedas2 maki2 hamun ke eh? Kalau tengok blog or facebook, kemahen lagi professor serba tau ni bagi 'pandangan' diorang. Tak reti adab sopan pulak tu.. Bahasa amboiii cantik betul. Naik menyampah pulak bila baca.
 
 
Wahai manusia yang budiman, di mana adab sopan kamu.. Mak ayah, cikgu2 ajar kita jadi manusia yang berguna, ajar kita supaya beradab, jaga tingkah laku and tutur kata.. Ya saya tau itu blog kamu, itu facebook kamu.. Tapi jadikanlah apa yang ditulis tu ada manfaatnya pada orang lain. Jadikanlah apa yang ditulis tu tak bawak pengaruh yang terlaluuuu teruk pada orang yang membacanya.
 
 
Mungkin untuk yang dah dewasa boleh pikir baik buruknya. Tapi kalau yang baca tu budak2 baru nak up? Tak ke tulisan2 yang tak berhemah mencaci maki mencarut marut semua tu masuk dalam jiwa budak2 ni?  Tak hairanlah kenapa budak2 sekarang makin kurang ajar, tak tau nak hormat orang dan seumpamanya.
 
 
Bukannya kita tak boleh nak suarakan pendapat kita, tapi tolongla.. Tolongla jaga bahasa tu. Jangan biadap sangat. Bangga nau gamaknya dapat mencarut-carut ye? Tak kisahla isu apa sekalipon. Politik ke social life ke, apa2 sekalipon lah, jangan dok menulis sesedap rasa. Bawak2 beristighfar.


 
 
 
Pardon Me    -_-'