Hi!
Assalamualaikum dunia..
Amboi amboi amboiiii cik puan aneesz,.. cerita shopping aje awak harini ye. Mementang la esok kaya sekejap sebelum kembali sederhana pas bayar segala hutang and bills.
Ala bukan nak shoping apapon sebenarnya.. just nak kejarkan pampers Drypers je.. Biasala sape-sape yang da jadi mak, pastu golongan pertengahan macam iols ni paham la nape ibu-ibu menggelupur kalau nampak sales pampers ngan susu. Memang harusss menggelupur sebab boleh jimat berganda kat situ.
Mujurla anak iols boleh sesuai ngan pampers murah. Tak banyak cekadak. Murah-murah pon mak dia still beli bila ada sales jugak. Hewhew.
Nasib baik esok bos iols ada tugas luar. Boleh la iols menerjah Sogo dengan tenang. Nak tolong bukak pintu Sogo pon boleh ni. Haha.
Sogo ni pon satu.. nape nak kena buat sales pampers hari Rabu? Hari keje? Nape tak buat sales pampers tu hari Sabtu Ahad? Ni tak pasal-pasal je iols terpaksa gi shoping masa hari bekerja. Gigih pulak la iols angkut Drypers tu nanti. Kalau hubby boleh ikut takpela jugak.
Okeh, dah mula bersiap siaga untuk berperang kat Sogo esok.
Tataa uols!
0 budak gojes:
Post a Comment