Hi!
Assalamualaikum dunia..
Tadi hubby call, ajak menyoping harini. Apa?? Hubby ajak shopping?? Haaa best tak best kenyataan tu. Dia nak cari sport shoes sebab yang dia ada sekarang ni dah kertu. Hahaa..
Aku pon pernah cakap kat dia yang aku nak cari sport shoes jugak. Konon nak buat gi jogging atau bersukan manja-manja. Almaklumla sejak beranak ni manede bersukan dah. Sebab tu lemak di badan gembira bila tiap hari kawan lemak bertambah.
Hubby ajak shopping pas keje petang ni. Laju je aku jawab ok. Eh benda jarang-jarang dia ajak ni harus la iols kena jawab cecepat. Kang dia cancel nanti aku jugak yang melopong. Wahahaa..
Tapi.. kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Dah letak phone baru teringat, eh eh bukan ke harini last episod Teman Lelaki Upahan? Oh no cemana boleh terlupa ni? Gara-gara terbayang mall depan mata, boleh terlupa kat El.
So dengan berat hatinya call hubby untuk cancel shopping. Sebab sure sampai umah lewat punya. Lagipon aku nak berbuka puasa dengan tenang depan TV harini.
Shopping vs El, aku pilih El. Dasyat sungguh penangan Akasia ni.
Ok sume, sama-sama la kita tengok ending TLU harini okeh!
Tataa~
* btol la harini last episod kan? Kang nyesal tak sudah pulak tolak pelawaan somi.
0 budak gojes:
Post a Comment