Showing posts with label degree. Show all posts
Showing posts with label degree. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Tips Konvo

 
 
Hi!


Assalamualaikum semua...
 
 
 
 
 
 
 
Haa harini iols is nak sharing info untuk para graduan yang akan menghadapi majlis graduasi ye... Ni untuk remind diri sendiri jugak nih... Jangan nanti aku pulak sendu nanges sesorang luar dewan sebab tak dapat konvo sebab salah ikut step. Hehee.. And tips ini juga dikhaskan untuk mereka2 yang mana merupakan produk yang lahir daripada UiTM.  Kang kalo budak2 U lain ikut tips konvo ni tak dapat konvo jangan salahkan ahkak pulak.. Ahkak taktau tatacara U lain. Ahkak dah bagi warning nih. 
 
 
Let's cekidaut apa graduan patut buat menjelang hari bahagia itu nanti ye... err hari bahagia di sini  lebih menjurus ke arah hari graduasi ye adik2, bukan hari perkahwinan. Harap maklum.
 
 
  • First, yang terpaling penting, lepas habis final exam tu korang2 adik2 janganla jadi kacang lupakan kulit.. Jangan lupakan terus ID and password student portal ke apa ke.. Selalu2 la jenguk web UiTM ye.. Korang mesti excited punya kan nak konvo. Maka dengan itu u must always look2 at UiTM website. Senang cite korang taip je konvo uitm kat google. Kang jumpa la link terus ke hal2 yang berkaitan ngan konvo.  UiTM akan update segala cerita untuk majlis graduasi kamu itu nanti okey.. Apa yang patut buat sebelum, semasa and selepas konvo.
 
  • Nanti geng UiTM akan bagi SMS untuk remind kita supaya kemaskini maklumat. Yang ni ada due datenya. So make sure kemaskini maklumat2 tu ikut tarikh yang depa dah tetapkan. Kang kalau salah ejaan nama ke apa ke kat sijil diploma or izazah or masterji tu jangan korang gi ngamuk pulak padahal diri sendiri yang tak check. Nama tu ikut dalam IC tau. Jangan bagi nama Facebook pulak.. Teruna Idaman ke.. Gegirl Melayu Terakhir ke.. wakakaaa tak kose!
 
  • Pastu korang kena buat semakan denda universiti. Jangan konfiden sangat mengatakan korang tu takde hutang. Check dulu. Mana la tau ada saman lalu lintas ke.. denda korang pinjam buku kat library tapi tak pulangkan ke.. denda tatatertib ke.. Haa check dulu tau. Bayar hutang. Hutang itu wajib dibayar. Jangan sampai ahkak bagi tazkirah pulak.
 
  • Untuk membolehkan anda berkonvo, anda perlulah membayar yuran konvo ye... Rate yuran adalah berbeza mengikut diploma, degree atau masterjinya... Macam ahkak, demi menunaikan impian diri sendiri, impian family and impian hubby, ahkak kena bayar yuran RM165.00 untuk degree ahkak yang ahkak dah belajar selama 5 tahun itu. Hah nak sebut jugak 5 tahun tu khenn..
 
  • Pastu, rajin2 kan diri tu jawab soalan kajian pengesanan graduan. Jangan memandang enteng kat benda ni ye. Sebabnya pas jawab soalan tu, korang kena print hasilnya nan sekeping itu untuk dibawa bersama2 dengan resit or slip bayaran konvo dan juga borang jubah yang dah diisi masa nak amik jubah konvo nanti. Ingat 3 benda ni masa nak pi amik jubah. Kang ada yang pakai baju kelawar masa amik scroll pulak. muehehehe.. Yang mana tak dapat datang amik jubah tu boleh mintak wakil amikkan. Dengan syarat ada 3 benda tu lah.
 
  • Da setel semua perkara di atas, sekarang bolehla kamu sume mengintai kamu kamu kamu tu akan konvo untuk sidang ke berapa.. Untuk konvo ke 82 ni, iols sidang yang ke 8, pada 13 Mei, sesi pagi. Pukul 7.30 dah kena ada. Huii cemana la hari tu nanti ye. *tengah membayangkan nih.  Kat announcement sidang2 ni jugak nanti akan dikabokan bila mengkome kena datang amik jubah ngan raptai. Supaya boleh la mengkome mengimejinkan hari sebenar ittew nanti. Boleh agak la kan kasut apa yang sesuai..Takdela sakit kaki bila salah pilih kasut untuk aktiviti yang kena banyak berdiri ni.. baju apa nak match ngan kaler jubah.. Nak pakai tudung neelopa ke.. tudung paridah ke.. kekekee...
 
  • Kendian, ikut la arahan2 yang lain tu.. baca etika pakaian untuk graduan ngan tetamu... baca kat mana nak park kereta.. Sume ni untuk kelancaran konvo jugak.. tak gitu?  Pastu yang mana dok jauh tu, survey la hotel mana yang korang nak duduk. Booking siap2. Musim2 konvo ni biasanya hotel terlajak laris.
 
 
Okeh, rasanya itu saja tips yang korang kena amik perhatian. Selain tu, korang boleh la nak usha2 henbeg, kasut, baju untuk hari bahagia ittew. Boleh juga acah2 baling topi ke atas sambil berselfie. Hihihi... Lastly, jaga kesihatan. Kalau datang konvo time demam ke sesema ke batuk ke kan tak best. Mana nak disorokkan batuk yang sebatu pon boleh dengar? Mana nak diletakkan sapu tangan ingus ketika bersalaman mengambil scroll? Hehe.. Safety first okey.. ^___^v
 
 
Aku gi amik jubah 3 Mei nanti... nanti aku update apa yang berlaku k.. Cemana perjalanan amik jubah tu... smooth ke idok ke..  Mudah2an berjalan lancar la menuju hari konvo nih. Amin amin amin ya rabbal alamin.
 
 
Rabbi yassir wala tua'ssir.
 
 
 
 
 

 
^__^
 
 
 

Tuesday, April 14, 2015

Mak, Ayah Atau Husband? Yang Mana Tidak?

 
 
Hai!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Okeh, mood konvo suda mari... Apa yang patut diisi, dah diisi. Apa yang patut print, dah print. Tinggal nak bayar yuran je.
 
 
Cik diary, aku dalam dilema nih.  Memang sedia maklum la kan, kita boleh bawak 2 orang je jemputan untuk masuk dalam dewan. Aku serba salah sangat ni. Sememangnya aku nak mak ngan ayah ada dalam dewan sebab dari zaman bujang diorang support aku bukan setakat bagi sokongan moral n semangat, tapi jugak support separuh daripada yuran tiap semester. Doa mak ayah setiap kali nak exam, memang jadi pendorong untuk habiskan study.
 
 
Dan sememangnya jugak aku nak suamiku encik mithali ada dalam dewan jugak sebab bagi keizinan sambung blaja, bagi sokongan, memahami time aku buat assignment, menunggu sorang2 dari pagi ke petang kat UiTM Puncak Alam tu (masa Auni blom kuar perut), jaga Auni kat surau sebab tunggu iols attend class.  Kesabaran n pengorbanan suamiku itu sangat2 dihargai.  Tiap kali exam, doa ikhlas dari mulut dia memang buat aku rasa tenang n boleh jawab periksa dengan baik. Serius ni tak tipu. Cuba kalau masa exam tu kami tengah gaduh, ototmetik aku takleh goreng masa exam. Doa sorang suami btol la. Hehe..
 
 
Mak - Sentiasa support and sokong. Doa seorang ibu memang takde hijabnya kan. Lagipon dia ibu yang melahirkan, dah tentu aku nak dia tengok aku amik scroll atas pentas.
 
Ayah - Salah satu sebab aku sambung belajar ialah sebab nak penuhi impian dia. Dulu aku masuk sekolah teknik pon sebab tunaikan impian dia jugak. Sebab ayah cite, dia pernah dapat tawaran masuk skolah teknik. Tapi tak dapat pergi sebab masa tu arwah atuk gi haji, so si abang sulung yang dipertanggungjawabkan jaga adik2 tak bagi ayah gi. So, untuk menghappykan dia, aku masuk skolah teknik. And sekarang, dah tentu dia orang yang paling happy bila anak sulung dia dapat genggam ijazah n memang hajat dia nak aku ada sekurang-kurangnya degree supaya jadi contoh kat adik2 yang lain.
 
Hubby - Dia pon orang paling happy jugak sebab dah tak payah bertapa kat surau lama2 tunggu aku habis kelas. Hahaha... Tapi yang sebenarnya, aku appreciate segala bantuan n kesabaran dia... sebab tu macam tak sampai hati nak tinggal dia kat luar dewan..Kalau dia tak izin aku sambung blaja masa dah kawin, haa tak merasa la bergambar ngan jubah ngan topi.. haa gitu kekdahnya.
 
 
Disebabkan faktor2 inilah aku dalam dilema. Mak, ayah, suami. Memang orang2 ni yang aku nak angkut dalam dewan. Tapiii dukacita dimaklumkan cuma 2 orang je yang boleh. Huhuuu...
 
 
Siapa yang harus ku bawa ke dewan? Auni memang kena dok luar la.. kang orang tengok dia je tak tengok mak dia kat pentas amik scroll. Hehehh.
 
 
Semoga yang tak masuk dewan tu nanti tak berkecik hati.. Sesungguhnya aku juga tak mau begitu...
 
 
 
 
 
 

Friday, February 13, 2015

Double Happiness

Hi!
 
 
Assalamualaikum dunia...
 
 
Niatnya nak update entry pagi-pagi tadi lagi tapi petang jugak sudahnya. haha.. Ini sume gara-gara busy melayan Facebook ngan wasap. 
 
 
Hari ni  iolls rasa happy sangat sangat sangat! 1stly, tq kat Suamiku Encik Sotong eh bukan2 suamiku mithali sebab belanja bininya yang sentiasa suka makan ni makan chicken chop.  Oleh kerana iolls x suka black pepper, makanya iolls order chicken chop bersoskan masam manis. Husband pulak chicken chop with black pepper sauce.  Sedap! Thank you suamiku! Love u lah! ^__^  Cuba snap gambar tapi memandangkan lampu yang romantik, hasil gambar sangat tak memuaskan. Jadi kita cilok dari ihsan google je la ek. 




ihsan google
 
 
 

Sebab kedua yang buat iolls rasa happy is becauseeeeeeeeeee result exam semester akhir yang sangat ohsem!  Pagi-pagi tadi masa husband hantar gi keje, iolls rasa seramm je..kecut perut ni toksah kata laa... Sampai opis je macam biasa switch on segala bagai suis pastu check email.. Dengan berdebarnya, macam nak tercabut jantung nih. Tengok je result, mata terus terbuntang! WAAAHHH biar betik ni?? Pastu cari pulak gred untuk subjek yang ditakuti failed - Issues In Administrative Management. A-??? Biar betik?? Huiii tima kasih banyak2 la Puan Norol sebab bukan setakat meluluskan tapi siap bagi A- pulak lagi. Memang tak jangka betul nih. Ada sebabnya iolls takut failed dalam subjek ni.. nanti iolls cite ye.  Untuk subjek-subjek lain Alhamdulillah seperti dijangka mencapai target. Customer Service Principle A, Office Business Process A-, Office Systems Analysis and Design B+.  Syukur sangat sebab dapat naikkan pointer CGPA untuk final semester nih. Berbaloi-baloi rasanya usaha yang memang lebih sikit untuk sem ni.  Finally, good grades with flying colors! Dan hadiah terpaling best, dapat menamatkan semester dengan Anugerah Dekan.. Alhamdulillah.. tears  T_T




ihsan google
 
 
 
 
Call ayah inform pasal result.. Boleh dengar kehappyan & kesyukuran dia.. pastu call Suamiku Encik Sotong eh bukan lagi.. call suamiku mithali inform result. Juga happy sebab weekend dia dah tak payah hantar pi kelas pastu tunggu kat surau daripada pagi sampai petang!hehehe... Lega sebab si bini dah tak busy ngan assignment.
 
 
Atas sebab-sebab ni la daripada pagi asyik busy dengan FB ngan wasap...hehehh.. sharing the happiness. Bertukar-tukar tahniah dengan classmates. Akhirnya perjalanan mencari degree selama 5 tahun berakhir dengan pengakhiran yang boleh membuat diri ni tersenyum lebar.. SMILE.... ^_____^
 
 
 
Thank you Allah / Alhamdulillah / Terima Kasih / Arigato / Xiexie
 
 
 
Tata!







 

Friday, March 11, 2011

hari ni saya jadi SURIRUMAH ! yang kena buat keje skolah.....

cewah...suri rumah la pulak..konon je...bukannye mengemas rumah pon...
ekceli hari ni aku amik cuti...semata-mata nak siapkan assignment yang berlambak tu...
nak buat kat ofis mana sempat....mana nak sempat kalau da asyik bergosip buat koje je kan....hish, ngan datuk pengarah baru ni bizi betol la....nak toilet pon kena tahan dulu..hahahaa....

assignment yang aku tengah dok pulun buat ni pasal subjek tamadun islam.....sape pernah blaja TITAS? meh bagi korang punye assginment tu....aku nak tiru buat rujukan je... assignment ni sbenanye group project,,kitorang dapat tajuk teori kedatangan Islam ke Alam Melayu..serta kesan-kesannya.....

lecturer awal-awal lagi da warning x bagi copy paste dari internet.....so, nak x nak aku kena la baca jugak apa yang ada kat dalam buku teks tu ngan yang aku pinjam dari housemate...banyak giler nak kena baca....bese la, kalau buku-buku tamadun ni cepat aje ngantuknye...lain la kalau novel ye dak? xpela, aku cube la siapkan slow2....

ada sape2 nak tolong buat ke?nanti ana bagi 50 darham.....hehehehhh....