Hi!
Assalamualaikum dunia..
Assalamualaikum dunia..
Isnin 30 Mac. Lusa 1 April. Tarikh yang buat rakyat Malaysia kelam-kabut. Pasal apa kelam-kabut? Sebab aku cari pampers anak sumenye sold out! Dari Giant Cheras aku merantau sampai ke Giant, Tesco Kuala Selangor, sumenye sold out!
Weyy korang... kot ye pon borong pampers, tinggal-tinggal la kat iols sket. T___T
Nampak jelas kat situ betapa impak GST ni merisaukn rakyat Malaysia. Contohnya sekarang ni elok-elok je bayar RM1,000.00, kalau pas GST nanti bil jadi RM1,060.00. Camtuh la contoh yang dibagi oleh pekedai kat aku. Nam ploh hengget tu boleh lepas duit minyak tu...
Aku memang tak berapa faham sebenanya apa kebaikan keburukan GST ni. So aku malas nak cakap banyak pumpampumpam sebab aku tak faham sedalam-dalamnya apa itu GST. Dah tengok kat website kpdnkk. Tapi aku tengok harga ada yang naik, ada yang turun. Ada yang kekal. Apapon sebagai pengguna aku cuma nak harga barang murah. Tu je.
Alang-alang dah sampai Giant Kuala Selangor aritu aku tengok promo refill Breeze liquid murah. Kalau amik satu harga dia 10 ringgit lebih tapi kalau amik 2, harga jadi 18 ringgit. Hubby suruh amik 4 terus. Ok, SYMP.
Kalau GST ni nanti (bukan kalau kan tapi memang) akan buat barang-barang naik harga, sebelum 31 Mac dah kena beli siap2 baju raya. Eh sume benda la nak kena beli sebelum 31 Mac.
Persoalannya, lama mana tahannya kalau borong 1 kedai sekalipon? At the end of the day tetap kena beli jugak ikut harga GST kan..
Mungkin kita cuma panik dengan segala cite pasal GST. Lama2 nanti MUNGKIN akan senyap. Alah bisa tegal biasa gittew..
Takpelah, sama-samalah kita countdown 1 April dengan hati terbuka. *tangan ke bahu mata ke atas.hewhew
Ok la diary, iols nak terjah Quill City Mall pulak. Dengar kata kat sana stok pampers ada banyak. Kalau betul dapat la iols beli, kalau tak kita window shopping ajelahh.....
*Masih belum berputus asa dalam pencarian pampers untuk anakku sayang. Chaiyok2!
Tataa~
0 budak gojes:
Post a Comment