Friday, June 17, 2011

wanita lebih kuat hadapi dugaan

hari ni cik neesz nak kongsikan bacaan cik neesz dari majalah al-islam keluaran julai 2011. artikel ni mnarik minat cik neesz untuk baca n kongsi dengan wanita-wanita lain kat luar sana.. bacalah, artikel kat bawah ni  penulisannya cik neesz cedok dari artikel asal dan gaya cik neesz sendiri.


Hiba, sedih, simpati dan bercampur baur persaan terhadap seorang ibu suspek pembunuhan di Gemencheh, Negeri Sembilan yang menggemparkan negara x lama dulu. Peristiwa pembunuhan tragis 4 ahli keluarganya, termasuk suami dan anak perempuan yang dilakukan oleh anaknya sendiri sungguh menyayat hati.

Walaupun sedih dengan kejadian yg menimpa, namun c ibu tetap tabah menghadapi dugaan. C ibu yg menemui suspek ketika ditahan oleh anggota polis sempat mencium anaknya sambil menyatakan, 'mak ampunkan engkau' dengan diiringi linangan deras air mata.  Itulah tanda kasih seorang ibu.

Bayangkan jika peristiwa itu terjadi kepada kita.  Mampukah kita menerima kenyataan apabila ahli keluarga diragut nyawanya oleh darah daging sendiri? Dapat x kita maafkan perbuatan sekejam itu? Boleh ke kita hadapi ujian yang sebegitu hebat?

Asal kejadian wanita itu sendiri amat unik.  Allah sengaja menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki.  Perbezaan ini mengandungi hikmah yg x dpt dibantah atau disangkal oleh pemikiran manusia.  Di sebalik kejadian wanita yang serba lemah, tersembunyi rahsia Allah yg amat besar.  Sepertimana hadis Rasulullah s.a.w. yg diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud, 'Perempuan itu seperti tulang rusuk, jika kamu meluruskannya, bererti kamu mematahkannya.  Jika kamu membiarkannya, dia akan tetap bengkok.'

Walaupun lemah dari sudut fizikalnya, namun wanita begitu kaya dengan emosi dan perasaan  Emosi dan perasaan inilah membentuk setiap tindakan dan perlakuan wanita.  Emosi perlu bagi wanita kerana tanpa emosi, kaum wanita ditakuti bertindak liar dan merosakkan.

Tanpa bimbingan, nafsu lebih banyak mempengaruhi mereka dari akal.  Namun jika emosi dipimpin dan diatur selaras dengan syariat, wanita menjadi makhluk yang paling cantik, unit, sensitif dengan Allah, makhluk dan alam sekitarnya.  Barulah mereka menjadi mutiara paling berharga d dunia.

Walaupun lemah dari sudut fizikalnya, wanita dikurniakan kelebihan lain yg bersesuaian dgn fitrah semula jadinya.  Terjadi kekurangan itu, utk faedah atau kepentingan kaum wanita itu sendiri.  Oleh kerana wanita halus perasaanya berbanding lelaki, atas dasar inilah mereka lebih tabah menghadapi situasi yg x terduga.  Emosi yg dimiliki wanita menjadikan hati wanita begitu kental mengharungi kehidupan.

Faktor yg mempengaruhi emosi wanita menyebabkan mereka lebih kuat khususnya dari segi psikologi adalah seperti berikut :

  • Sejarah wanita dlm masyarakat.
  • Fitrah kejadian wanita
  • Faktor sosio budaya
  • Kepelbagaian tanggungjawab pd masa kini
  • Sebahagian lelaki tidak sampai tahap piawaian

dalam majalah al-islam ada dihuraikan tentang faktor2 tu tapi cik neesz da penat nak mnaip..heee...tapi artikel ni sangat sesuai utk golong lelaki agar lebih menghargai wanita n sebagai wanita di muka bumi ini, berbanggalah kamu kerana kamu dilahirkan sebagai wanita... :)


0 budak gojes: