salam sejahtera buat sume blogger di alam maya ni..
entry cik neesz kali ni lebih kepada nagging...atau nama komersilnya membebel. jadi, tukar mood kepada seriyes ye. korang penah x melalui pengalaman cam cik neesz? kompem pernah punye la... g kat kedai makan atau restoran yang makanannya, ya ampun! sedap btol! decorationnye,,,,subhanallah....cantiknye! pendek kata, dari pandangan luaran kedai@restoran tu tersangatla bagusssnye. tapi bile pergi spot check kat toilet....masyaAllah.....kotor, busuk n berbau giler! hish, x suke la camni. itu bab toilet, camane kalau yang kotor tu kat bahagian dapur? bahan-bahan masakan macam bawang, sayur-sayuran, ayam, daging and whatsoever yang nak digunakan untuk masak dibiarkan aje terdedah kat lalat, langau yang seronok mencari makan kat situ. hatta tikus sebesar anak kucing pon mata cik neesz ni pernah tengok. yucks! walau sesedap mana pon makanan yang dijual, cik neesz jadi sentap tros nak makan. helo, agaknya apa yang dipikirkan oleh pengusaha-pengusaha restoran atau kedai makan yang x jaga kebersihan ni ye? untung semata-mata ke? jangan gitu akak-akak, abang-abang, macik-macik, pacik-pacik..
adakah (ayat skema) pemilik-pemilik restoran atau kedai2 makan ni sume x suka kalau restoran atau kedai makan diorang ni dikenali sebagai tempat makan yang makanannya sedap, bersih dan layanan terbaik? setakat ni, rata-rata restoran atau kedai makan yang ada kat KL ni yang pernah cik neesz jejak musti ada ciri2 kekotoran. kalau x kat dapur, kat toilet. haiyooo...kalau ada pon yang menepati piawaian cik neesz, ada la lebih kurang 5 tempat yang agak2 okey....kalau nak yang bebetol bersih, haa kena la g kat hotel ke, restoran yang mahal2 ke..apa, bersih tu untuk golongan tertentu je ke? x puas ati betol la..
bukannya cik neesz ni nak demand sangat. kalau kedai atau restoran tu x cantik decorationnya but it taste good and clean, x jadi masalah. ini soal kesihatan. sanggup ke nak telan makanan yang dah dijamah dulu oleh lalat atau dicuit oleh sang tikus? bila sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit dah jadi satu hal pulak nak kena g jumpa doktor..beli ubat,, guna duit lagi! kan ke lebih baik mencegah dari merawat..
so, diharapkan agar pengusaha-pengusaha atau pemilik kedai makan@ restoran kat malaysia ni bersikap lebih prihatin la ye. prihatin dengan keselesaan pelanggan. kualiti makanan, kebersihan, layanan yang cepat n mesra tu penting untuk tambat hati pelanggan. baru la 'bersih' sket keuntungan yang korang dapat..
kalau ada di kalangan pembaca ni yang jadi owner restoran atau kedai makan, harap ambil benda ni sbg iktibar la ye..bukannya cik neesz nak kondem, tapi cik neesz cuma nak tegakkan hak cik neesz sebagai pelanggan je.
sekian.
gambar sekadar hiasan
0 budak gojes:
Post a Comment