Wednesday, June 29, 2011

wordless wednesday

hurm... x yah tunggu wednesday.. memang tetiap hari pon cik neesz less word bile nak tulis kat blog..hehe

sekian.

Thursday, June 23, 2011

siap sedia

puhhh....naseb baek sempat siapkan minit mesyuarat yang da berkurun cik neesz simpan. meeting lepas tarikh 22 mei, xde mood punye pasal, semalam baru cik neesz pulun buat minit tu. n pagi ni, da pon slamat diedarkan kat sume officer kat ofis ni. sbb ape cik neesz pulun buat minit tu smlm? sebabnye pagi ni pukul 11 ada meeting. hoho. n last minit punye decision tuh. gile! mujur sempat siapkn. kalau x, harussss kena pancung. arkk!

ada makan ape eh meeting nanti? katanya da boring dengan kuih muih n nasik lemak. so, ape agaknye menunye nanti ye? pizza ke? (angan2 x hengat) ni la gayenye kalau g meeting ingat nak makan. bukannya fokus kat isi meeting.

wokeyh la, nak g touch up mana yg patot. kang ade pulak ghupe kak limah masuk meeting. selamat bekerja!

Tuesday, June 21, 2011

keciknye atiiiii.....

huhh....skali lagi aku rasa keciiiiiiikk sangat ati dengan orang yang bergelar 'kawan' lah kononnye.  dari dulu lagi aku ni kalau berkawan, memang aku anggap orang tu sebagai kawan. tapi nape la kawan aku x anggap aku ni kawan dalam erti kata yang sebenar? mostly, masa agak2 susa, masa agak2 sedih, masa nak mntak tolong, mintak itu, mintak ini, pandai pulak cari aku. timbul pulak nama aku tu dalam kotak ingatan ataupun kat phonebook ye x? kalau ada pun yang bebetul ikhlas, ada la sket2. tapi dah tak boleh nak macam dulu, aku paham setiap orang masing2 ada tanggungjawab yg lagi besar bile da bertukar status.

slalu aku xtau berita gumbira kengkawan. slalu aku yg di belakang.... korang slalu kata korang kecik ati ngan org tu, org ni. abes, org tu org ni tu x pnah x kecik ati ngan korang ke? kalau dah nama pon berkawan, salah silap, gaduh2 manja tu biasa la. kalau rasa x puas hati, tegur elok2. jgn simpan kat hati. bawak kat mulut. depan mengaku kawan walhal sbenanye tidak.

xpela, sape la aku nak berkecik2 ati ni kan? laen la korang, hati korang x bole terjentik langsung. semoga kau bahagia dengan kehidupan kau sekarang dan selamanya. xkn aku nak berdendam pulak kan? kecik punya hal ni. aku cube la buat cam bese je. x payah nak sentap2, nak kecik2 ati, kan?

*fren list ada beribu, yang mana satu betul2 ikhlas denganku? ;(



Mood : down to earth. hoho


Sunday, June 19, 2011

entry khas untuk ayah tersayang....

a few days cik neesz da buat entry untuk hari bapa. hari ni lagi skali cik neesz nak ucap happy fathers day buat ayah tersayang Hj Zainal Abidin bin Hj. Mat Desa.  Terima kasih untuk semua pengorbanan ayah dalam membesarkan kami adik beradik. Hadiah ayah nanti aneesz bagi ye...kite postpone dulu...hehe....

happy fathers day untuk semua bapa2 di dunia!


" Giveaway from Moscow by Miszlullaby"


firstly,thanx to miss yanfie yang sudi mengetag diriku untuk contest yg dianjurkan oleh miszlullaby ni ha...

syarat-syarat untuk join contest tu senang je...korang bleh g kat SINI untuk tengok n join k...

ok la, tanpa buang masa, cik neesz nak tag 5 insan bertuah :)

1)  cik aleen





TARIKH TUTUP : 30 OGOS 2011 (MAYBE bak kata miszlullaby)

Friday, June 17, 2011

lalat sebagai penawar




percaya x? artikel majalah al-islam ni kata lalat ada fungsi sebagai penawar... kan ke lalat tu kotor? pembawa pnyakit? dari lalat, bakteria dan virus bahaya dipindahkan. Kerana itu lalat harus dihukum bunuh!

cuba tengok situasi ni. Andai minuman yg korang nak minum, d dalamnya ada lalat. Apa yg korang buat? terus minum, biar je atau mintak gantikan dengan yg baru?

Hakikatnya, haiwan kecil yg 'menggerunkan' manusia dgn versi penyakit bawaanya itu telah membawa penemuan terbaru dlm dunia perubatan moden.  Dalam sebuah hadir oleh Bukhari dari Abu Hurairah yg bermaksud, 'Apabila lalat terjatuh ke dlm bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudia buanglah lalat itu kerana pd sebelah sayapnya mengandungi penawar dan d sbelah sayapnya yg lain mempunyai penyakit.'

M.A. Stewart pd 1934 mencungkil rahsia hadis yg wujud sejak 1400 tahun dulu dan mendapati, lalat ketika berbentuk larva (maggots), apabila dicelup ke dlm luka, ia akan mengeluarkan bhn ammonia dan kalsium karbonat.  Bahan tersebut sekali gus mengalkalikan luka yg dialami.  Larva2 tu jg berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria dan membantu meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel.

besarnya kebesaran Allah.... ^^,

wanita lebih kuat hadapi dugaan

hari ni cik neesz nak kongsikan bacaan cik neesz dari majalah al-islam keluaran julai 2011. artikel ni mnarik minat cik neesz untuk baca n kongsi dengan wanita-wanita lain kat luar sana.. bacalah, artikel kat bawah ni  penulisannya cik neesz cedok dari artikel asal dan gaya cik neesz sendiri.


Hiba, sedih, simpati dan bercampur baur persaan terhadap seorang ibu suspek pembunuhan di Gemencheh, Negeri Sembilan yang menggemparkan negara x lama dulu. Peristiwa pembunuhan tragis 4 ahli keluarganya, termasuk suami dan anak perempuan yang dilakukan oleh anaknya sendiri sungguh menyayat hati.

Walaupun sedih dengan kejadian yg menimpa, namun c ibu tetap tabah menghadapi dugaan. C ibu yg menemui suspek ketika ditahan oleh anggota polis sempat mencium anaknya sambil menyatakan, 'mak ampunkan engkau' dengan diiringi linangan deras air mata.  Itulah tanda kasih seorang ibu.

Bayangkan jika peristiwa itu terjadi kepada kita.  Mampukah kita menerima kenyataan apabila ahli keluarga diragut nyawanya oleh darah daging sendiri? Dapat x kita maafkan perbuatan sekejam itu? Boleh ke kita hadapi ujian yang sebegitu hebat?

Asal kejadian wanita itu sendiri amat unik.  Allah sengaja menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki.  Perbezaan ini mengandungi hikmah yg x dpt dibantah atau disangkal oleh pemikiran manusia.  Di sebalik kejadian wanita yang serba lemah, tersembunyi rahsia Allah yg amat besar.  Sepertimana hadis Rasulullah s.a.w. yg diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud, 'Perempuan itu seperti tulang rusuk, jika kamu meluruskannya, bererti kamu mematahkannya.  Jika kamu membiarkannya, dia akan tetap bengkok.'

Walaupun lemah dari sudut fizikalnya, namun wanita begitu kaya dengan emosi dan perasaan  Emosi dan perasaan inilah membentuk setiap tindakan dan perlakuan wanita.  Emosi perlu bagi wanita kerana tanpa emosi, kaum wanita ditakuti bertindak liar dan merosakkan.

Tanpa bimbingan, nafsu lebih banyak mempengaruhi mereka dari akal.  Namun jika emosi dipimpin dan diatur selaras dengan syariat, wanita menjadi makhluk yang paling cantik, unit, sensitif dengan Allah, makhluk dan alam sekitarnya.  Barulah mereka menjadi mutiara paling berharga d dunia.

Walaupun lemah dari sudut fizikalnya, wanita dikurniakan kelebihan lain yg bersesuaian dgn fitrah semula jadinya.  Terjadi kekurangan itu, utk faedah atau kepentingan kaum wanita itu sendiri.  Oleh kerana wanita halus perasaanya berbanding lelaki, atas dasar inilah mereka lebih tabah menghadapi situasi yg x terduga.  Emosi yg dimiliki wanita menjadikan hati wanita begitu kental mengharungi kehidupan.

Faktor yg mempengaruhi emosi wanita menyebabkan mereka lebih kuat khususnya dari segi psikologi adalah seperti berikut :

  • Sejarah wanita dlm masyarakat.
  • Fitrah kejadian wanita
  • Faktor sosio budaya
  • Kepelbagaian tanggungjawab pd masa kini
  • Sebahagian lelaki tidak sampai tahap piawaian

dalam majalah al-islam ada dihuraikan tentang faktor2 tu tapi cik neesz da penat nak mnaip..heee...tapi artikel ni sangat sesuai utk golong lelaki agar lebih menghargai wanita n sebagai wanita di muka bumi ini, berbanggalah kamu kerana kamu dilahirkan sebagai wanita... :)


Thursday, June 16, 2011

abes sudaa......

end of nora elena's story....

owh...seth.... (^_^)

drama nora elena yang jadi kegilaan pempuan-pempuan, wanita-wanita di mesia untuk beberapa minggu ni da pon melabuhkan tirainya petang tadi. yvonne x mati, walaupun ramai pengikut setia cerita ni jadi director kat umah sendiri dengan buat macam2 spekulasi tentang akhir hidup yvonne. kalau ikut novel, yvonne tu mati lastnya. tapi xpela, da kena tangkap tu pon kire ok la jugak kan. seth dan nora elena, happily ever after dengan anak diorang yang sempat dijaga dek macik suruhan yvonne kat rumah kosong. hehe.

ok stop cite pasal c nora. cik neesz tengok sekarang ni da jadi trend pengarah2 kat mesia ni buat drama @ filem based on novel. nape? xde idea untuk garap cerita sendiri ke? wui macam pedas je bahasa cik neesz. tapi itu la yang ada dalam kepala cik neesz. cik neesz bukan apa, sebagai kaki novel yang agak tegar, cik neesz x suke kalau novel didramakan atau difilemkan. sebabnye imaginasi cik neesz jadi tergugat bile watak2 novel tu diwujudkan depan mata. lagi tambah sakit ati bile pemilihan pelakon untuk watak novel tu cik neesz rasa x sesuai. huu rasa macam frust je. 

sebelum ni memang cik neesz x tengok drama or filem yg based on novel sebab banyak director yang x wujudkan watak tu dengan bagus. cuma cik neesz boleh katakan ada la jugak certain drama dari novel yang boleh cik neesz puji. antara yang best drama errr..ape eh tajuk die? yang rosyam nor, amyza adnan ngan fouziah gous tu. cik neesz ingat tajuk novelnye aje - x seindah mimpi. ada sesiapa ingat tajuk drama kat tv1 tu?

nora elena ni drama yang ok jugak la pada cik neesz. maybe sebab cik neesz x pnah bce novel ni kot. jadi emosi tu x terganggu sangat. haha.

sekarang ni cik neesz dok tunggu filem ombak rindu yang maya karin, lisa surihani dengan seth. eh bukan, aaron aziz belakon. ha cakap pasal filem ni, cik neesz yakin ramai pembaca2 novel ombak rindu x puas ati ngan pemilihan pelakon kan? eh bukan pelakon, tapi watak yang dibagi tu x kena. mati2 cik neesz ingat akak i yang kiut miut yakni lisa surihani tu bawak watak izzah, sekali die bawak watak myla daa.....aiyoo mister potato, x seswai la. akak i yang matured yakni maya karin pulak bawak watak izzah. ish, rasa macam nak suruh pngarah tu buat shooting balik je la. muke lisa tu sah2 la cute, muda remaja, lemah lembut ngan naif, tersangat laaaa sesuainya jadi izzah. die sepatutnya jadi izzah la.. budak perempuan dari kampung yang kena jual kat bapak ayam oleh bapak tiri sendiri sebab judi. n maya tersangat laaa sesuai jadi myla, model yang gedik nak mati. die pon lagi tua dari watak izzah tu, so maya suppose to be myla! heiiiii x puas ati btol la. aaron aziz tu cik neesz sokong la sebab watak hariz tu memang lelaki yang da brumur tapi kawin ngan pmpuan muda yakni izzah. huuuuu kan best kalo cik neesz ni pandai mengarah filem. brangan sudah!

ombak rindu. i'm waiting 4 u!


apepun, cik neesz tetap nak p tengok ombak rindu kat cinema nanti. harapnya x la mengecewakan. wokey la, wa cau sin ci! babai!

Wednesday, June 15, 2011

father's day




first of all, cik neesz nak ucap happy father's day kat sume ayah, abah, walid, baba, father, daddy, abi, papa dan apa jua panggilan untuk seorang bapa kat dunia ni. kalau ikutkan, sambutan hari bapa ni ialah pada hari minggu kedua bulan jun kan? tapi hari ni cik neesz nak ucap selamat hari bapa kat sume bapa2 di dunia ni...

especially to my beloved ayah yang banyak bagi nasihat, semangat, dorongan n contoh terbaik buat anakmu ni...yang selalu bersabar dengan karenah anakmu ini,,,terima kasih ayah...jasa ayah x terbalas walau dengan segunung harta dilambakkan di depanmu...belum puas rasanya bermanja dengan ayah...rasa macam diri ni budak2 lagi walopon da besar panjang.. sebab tu la aneesz x mau kawin lagi kot ayah!hehee...

mengikut pengamatan cik neesz, ramai anak perempuan yang rapat dengan bapa....x kurang jugak yang lebih rapat dengan ibunye...tapi bagi cik neesz, rasa-rasanya cik neesz ni lebih rapat ngan ayah, sebabnye dengan die cik neesz boleh mintak ape-ape je,,insyaAllah dapat,,jarang la dihampakan harapan dan kehendak anak sulung die ni..hehe...kalau dengan mak, agak susah sket bile mintak something,, dapat tu dapat, tapi ada rintangan dan halangan sket la..sebab tu kadang-kadang lagi suke mintak kat ayah je..faktor lain yang buat cik neesz rapat dengan ayah ialah die banyak bagi nasihat kat cik neesz, pastu die jarang marah,,tapi kalau da marah senyap la jugak cik neesz ni dibuatnye. bese la kan, aura bapa ni laen macam sket...sekali die marah, mencicit kite dibuatnye...tapi kalau mak marah sampai nak terkeluar anak tekak pon, kite dok tercongok jugak kat situ. macam la mak tu tengah bersyair. hehe..kesian mak. ampon mak.. (^_^)

tapi apa-apapun, hal-hal peribadi, bab-bab c dia yang bertakhta di hati cik neesz ni tetap la diberitahu kat my mum ..segan la plak nak stret kat ayah tros.. bile mak da jadi orang tengah yang sampaikan cite tu kat ayah, ha time tu la cik neesz tunggu ayah cik neesz bukak soalan atau pape yang die nak cakap. hehehh...strategi tu..

hummmm... untuk father's day kali ni agak special sket sebab tarikhnye bersebelahan dengan birthday ayah cik neesz. tengah dok pikir apa gift yang nak dibelikan untuk ayah kesayangan hamba nih. buat masa ni, aneesz doakan supaya Allah kurniakan kesihatan yang terbaik buat ayah, happy selalu dan bersabarla dengan karenah anak-anakmu ini...hehe...we love u ayah! for us, u r the best ayah in the world... (^_^)





TERIMA KASIH AYAH!

wordless wednesday?? hahahaaa.....

baru cik neesz prasan......blogger lain sumenye sibuk ngan wordless wednesday tapi cik neesz hari ni dan2 la nak talkmuch today..hehe... nak buat cemane, da hari ni yang cik neesz rasa ada mood nak menulis...ape salahnye kan? okeh la, xde papepon yang nak dicakapkan malam-malam bute ni, cume berita tadi da bagitau yang start kul 12 tengah malam ni harga minyak ron 97 turun... pengguna2 97 sonok la bile da turun ni kan? errr, yg 95 pulak ape citer? xmau bagi turun jugak ke? hehee....

*rasa macam nak bawak beskal je g opis..cut cost!

x suke kalau.............

salam sejahtera buat sume blogger di alam maya ni..

entry cik neesz kali ni lebih kepada nagging...atau nama komersilnya membebel. jadi, tukar mood kepada seriyes ye. korang penah x melalui pengalaman cam cik neesz? kompem pernah punye la... g kat kedai makan atau restoran yang makanannya, ya ampun! sedap btol! decorationnye,,,,subhanallah....cantiknye! pendek kata, dari pandangan luaran kedai@restoran tu tersangatla bagusssnye. tapi bile pergi spot check kat toilet....masyaAllah.....kotor, busuk n berbau giler! hish, x suke la camni. itu bab toilet, camane kalau yang kotor tu kat bahagian dapur? bahan-bahan masakan macam bawang, sayur-sayuran, ayam, daging and whatsoever yang nak digunakan untuk masak dibiarkan aje terdedah kat lalat, langau yang seronok mencari makan kat situ. hatta tikus sebesar anak kucing pon mata cik neesz ni pernah tengok. yucks! walau sesedap mana pon makanan yang dijual, cik neesz jadi sentap tros nak makan. helo, agaknya apa yang dipikirkan oleh pengusaha-pengusaha restoran atau kedai makan yang x jaga kebersihan ni ye? untung semata-mata ke? jangan gitu akak-akak, abang-abang, macik-macik, pacik-pacik..

adakah (ayat skema) pemilik-pemilik restoran atau kedai2 makan ni sume x suka kalau restoran atau kedai makan diorang ni dikenali sebagai tempat makan yang makanannya sedap, bersih dan layanan terbaik? setakat ni, rata-rata restoran atau kedai makan yang ada kat KL ni yang pernah cik neesz jejak musti ada ciri2 kekotoran. kalau x kat dapur, kat toilet. haiyooo...kalau ada pon yang menepati piawaian cik neesz, ada la lebih kurang 5 tempat yang agak2 okey....kalau nak yang bebetol bersih, haa kena la g kat hotel ke, restoran yang mahal2 ke..apa, bersih tu untuk golongan tertentu je ke? x puas ati betol la..

bukannya cik neesz ni nak demand sangat. kalau kedai atau restoran tu x cantik decorationnya but it taste good and clean, x jadi masalah. ini soal kesihatan. sanggup ke nak telan makanan yang dah dijamah dulu oleh lalat atau dicuit oleh sang tikus? bila sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit dah jadi satu hal pulak nak kena g jumpa doktor..beli ubat,, guna duit lagi! kan ke lebih baik mencegah dari merawat..

so, diharapkan agar pengusaha-pengusaha atau pemilik kedai makan@ restoran kat malaysia ni bersikap lebih prihatin la ye. prihatin dengan keselesaan pelanggan. kualiti makanan, kebersihan, layanan yang cepat n mesra tu penting untuk tambat hati pelanggan. baru la 'bersih' sket keuntungan yang korang dapat..

kalau ada di kalangan pembaca ni yang jadi owner restoran atau kedai makan, harap ambil benda ni sbg iktibar la ye..bukannya cik neesz nak kondem, tapi cik neesz cuma nak tegakkan hak cik neesz sebagai pelanggan je.

sekian.

gambar sekadar hiasan

tahniah!! tahniah!! tahniaaaaaaaaaaaahhh.....

Assalamualaikum sume blogger2 yang diingati selalu....(tangan di dada, mata ke atas) ;p

setelah berhari-hari cik neesz x tengok blog buruk kepunyaan diri sendiri ni, akhirnya hari ni, tanggal 15 JUN 2011, cik neesz kuatkan semangat meLOG INkan diri kat blogspot.....wuuuu tetibe rasa sedih... (T_T) da berhabuk, bersawang, siap cicak, lipas pon branak pinak kat blog buruk ni.....i don't know y, tapi cik neesz tersangatla tiada mood untuk berblog semenjak dua menjak ni....nak kata xde aktiviti yang cik neesz buat, ada je, pergi sana, pergi sini, family day la, hape la...tapi malas jugak...novel je jadi peneman cik neesz sekarang ni..asal boring je cik neesz ngadap novel.. segar-bugar jadinye..hehe (^__^)

okeh la, sebenarnya tujuan utama cik neesz tulis blog hari ni adalah kerana cik neesz nak ucapkan tahniah buat kengkawan yang da selamat melangsungkan perkahwinan masa cuti skola haritu....bese la, asal cuti sekolah aje, penoh la perut ni ngan nasi minyak...alhamdulillah...korang sume da selamat dah di bawah tanggungjawab suami masing-masing....semoga wedding korang berkekalan hingga ke akhir hayat ye n semoga dikurniakan dengan anak-anak yang soleh dan solehah... antara kengkawan yang da selamat jadi wife orang ialah membe sekerjaku iaitu cik adila yang sekarang da jadi puan.., kak irna rakan sekursus masa kat kuala kubu bharu dulu pon da selamat berkawen..(thank you soooo much for inviting ye kak....x sangka tau...terharu...sebab akak pon tau aneesz memang x dpt g penang kan...thanx..), n lastly untuk bib, pon rakan sekerja cik neesz jugak..tahniah beb! hepi for all of u... (^____^)

gambar ihsan gugel

buat rakan masa kat skola menengah iaitu cik farah hidayu yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya hari ahad ni, thanx for inviting..insyaAllah i'll be there dengan kengkawan laen yang bakal menghavockan majlis ko..hehe.. o ye, lagi satu, tahniah jugak untuk kawan sekelas, segeng  masa kat poli iaitu cik azna yang da bertunang dengan ridzuan...nak makan nasik minyak nanti jemput2 la cik neesz ni.. :)

waaa.....sorang-sorang kengkawan cik neesz da melangkah ke alam baru....yang solo molo n bujang trang tang tang ni tinggal brape ketul je..hehe...x sangka plak...ingat nak jadi antara yang tengah2..alih-alih jadi yang last la plak..xpela, jodoh, ajal sume di tanganNya kan...InsyaAllah satu hari nanti tiba la masa cik neesz pulak kan...rilex sudeh... (^_^)v

satu lagi, tahniah untuk kengkawan yang da btukar status menjadi ibu@ mama@ ummi atau apa2 je la panggilan korang.. especially to PUAN INTAN yang da slamat bersalin pada  12 JUN 2011.. semoga c ibu n baby selamat sejahtera hendaknya :)

gambar ihsan gugel

 

last but not least, tahniah untuk diri cik neesz sendiri kerana da mula tulis blog untuk bulan JUN ni....tahniah cik neesz! kamu sangat hebat! (tangan di dada, mata ke atas)