Thursday, February 12, 2015

Diari Pagi.

Hi!


Assalamualaikum dunia.






Pagi ni dimulakan dengan terbangun lambat. Bila si anak da mula gedebum-gedebum kaki dia ok ibu tau awak dah bangun ye cik Auni. Dengan malasnya heret tangan ni amik phone tengok jam pukul bape. 6.40am. Terus terbeliak mata ni. Adoyai camane boleh lambat pulak ni. Ok baru teringat malam tadi lupa nak set alarm. Terus bangun shower, solat, bersiap. Husband wat lek wat peace je sebab dia off harini. Nak off jugek!
 
 
Auni pon wat lek wat peace je kat atas katil tu tengok mak dia bersiap. Dok tunggu-tunggu jugak bilanya si Auni ni nak nangis mintak susu. Ok ibu tau Auni memang pesen x nangis mintak susu pagi-pagi. Saja je nak test. luls. Atas kesedaran sivik yang ada pada ibu ni, makanya ibu buat susu kat awak Auni. Ibu buat 5 oz. Dia tak habiskan, ada lagi 2 oz. Dah kurang menyusu sekarang budak kecik nih. Nak slimkan badan dia kot. Jangan laa... x puas nak peluk. Bawak umah pengasuh la jawabnya balance susu ni. Sayang oiii susu mahal!
 
 
Panaskan mee goreng semalam untuk husband makan kang bebila dia nak makan. Iolls pun cilok sikit bawak kat opis. Done!


 
Mee goreng iolls yang tiada rupa tapi opkos la sedap kan.hahaa



Tukar pampers Auni. Gomol2 dia. Cium2 dia. Pastu hantar umah pengasuh. Baibai Auni! Ibu miss u always2.
 
 
Pastu Suamiku Encik Sotong eh bukan2. Suamiku mithali hantar isteri separa mithali gi keje.  Singgah breakfast kat statistik dulu sebab si bini ngidam nasi kerabu pakcik yang maveles ohsem kebabom tuh. Sedap oiii! Setakat ni nasi kerabu kat situ la yang jadi pilihan kalbuku.  Susah nak jumpa yang menepati selera iolls ni.
 
 
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati! Lepas isi perut, kami meneruskan perjalanan ke opis. Husband cakap dia nak p ronda2 KL pagi ni. Yela orang off kan. Lagipun harini gaji orang gomen. Ok g la. Jangan melencong niat tu sudah.heheh.
 
 
Sampai opis. Switch on segala suis, komputer, radio. Baca paper jap. Ok dah tau isu semasa. Harini berita kadar tariff elektrik turun. Ha bagusla turun. Pastu bukak blog. Bebel-bebel kat sini. Dah setel 1 entry untuk tatapan diri sendiri. Dah boleh mula buat keje pulak.
 
 
 
 
Baibai!
 
 
^_^v
 
 
 
 
 

0 budak gojes: