Hi!
Assalamualaikum dunia...
Niatnya nak update entry pagi-pagi tadi lagi tapi petang jugak sudahnya. haha.. Ini sume gara-gara busy melayan Facebook ngan wasap.
Hari ni iolls rasa happy sangat sangat sangat! 1stly, tq kat Suamiku Encik Sotong eh bukan2 suamiku mithali sebab belanja bininya yang sentiasa suka makan ni makan chicken chop. Oleh kerana iolls x suka black pepper, makanya iolls order chicken chop bersoskan masam manis. Husband pulak chicken chop with black pepper sauce. Sedap! Thank you suamiku! Love u lah! ^__^ Cuba snap gambar tapi memandangkan lampu yang romantik, hasil gambar sangat tak memuaskan. Jadi kita cilok dari ihsan google je la ek.
ihsan google
Sebab kedua yang buat iolls rasa happy is becauseeeeeeeeeee result exam semester akhir yang sangat ohsem! Pagi-pagi tadi masa husband hantar gi keje, iolls rasa seramm je..kecut perut ni toksah kata laa... Sampai opis je macam biasa switch on segala bagai suis pastu check email.. Dengan berdebarnya, macam nak tercabut jantung nih. Tengok je result, mata terus terbuntang! WAAAHHH biar betik ni?? Pastu cari pulak gred untuk subjek yang ditakuti failed - Issues In Administrative Management. A-??? Biar betik?? Huiii tima kasih banyak2 la Puan Norol sebab bukan setakat meluluskan tapi siap bagi A- pulak lagi. Memang tak jangka betul nih. Ada sebabnya iolls takut failed dalam subjek ni.. nanti iolls cite ye. Untuk subjek-subjek lain Alhamdulillah seperti dijangka mencapai target. Customer Service Principle A, Office Business Process A-, Office Systems Analysis and Design B+. Syukur sangat sebab dapat naikkan pointer CGPA untuk final semester nih. Berbaloi-baloi rasanya usaha yang memang lebih sikit untuk sem ni. Finally, good grades with flying colors! Dan hadiah terpaling best, dapat menamatkan semester dengan Anugerah Dekan.. Alhamdulillah.. tears T_T
ihsan google
Call ayah inform pasal result.. Boleh dengar kehappyan & kesyukuran dia.. pastu call Suamiku Encik Sotong eh bukan lagi.. call suamiku mithali inform result. Juga happy sebab weekend dia dah tak payah hantar pi kelas pastu tunggu kat surau daripada pagi sampai petang!hehehe... Lega sebab si bini dah tak busy ngan assignment.
Atas sebab-sebab ni la daripada pagi asyik busy dengan FB ngan wasap...hehehh.. sharing the happiness. Bertukar-tukar tahniah dengan classmates. Akhirnya perjalanan mencari degree selama 5 tahun berakhir dengan pengakhiran yang boleh membuat diri ni tersenyum lebar.. SMILE.... ^_____^
Thank you Allah / Alhamdulillah / Terima Kasih / Arigato / Xiexie
Tata!
0 budak gojes:
Post a Comment