Tuesday, February 17, 2015

Nak Tukar Ke Tak Eh?

Hi!


Assalamualaikum dunia..






Alkisah petang ni, untuk kesekian kalinya bos besar suruh iolls jadi PA dia pulak bila bos iolls yang sekarang ni dapat naik pangkat n berpindah ke ofis lain. Iolls baru verangan nak bersenang-lenang menunggu kehadiran bos baru alih2 bos besar buat planning gitu pulak. Cheiss kasi spoil iolls punya impian je. 
 
 
 
Tadi lagi skali dia cakap kat iolls
 
"ha ngkau nanti bila mazlina da pindah ofis kau dok kat sini pulak. Zarita pon da mintak tukar balik Kuala Selangor." 
 
Iolls da neves. Cari alasan cepat... cari alasan cepat...
"Alaaa tuan takyah la.. biar la saya dok ofis bawah je.. lagipon nuranis kan ada, dia boleh ganti ita kat sini.."
 
Cepat je dia reply.
"Aku taknak dia..Kau boleh buat keje. Kalau si bla bla bla bla bla (takbleh cakap apa yang dia cakap sebab sesuka hati dia je kutuk kengkawan iolls). "
 
Ceiss sukati hang je kan kutuk2 PA kau. Kang haku jadi PA dia pon dia kutuk jugak lettew!
"Alaaa saya pon lebihkurang sama je.. xyah la tukarkn saya kat sini.. lagipon ofis bawah ada aircond..sini takde..hahaaa"
 
Berfikir sejenak, pastu dia cakap
"Takpe nanti aku boleh suruh diorang pasang aircond kat sini"
Amboi janji manismu sangat.
 
 
End of discussion.
 
 
 
 
So kesimpulan, iolls is taktau nak happy ke tak dengan planning bos besar ni. So far memang dia okay, yang kena marah pon selalunya pegawai je la.. staff awam macam haku ni jarang2 dia marah.  Bila dia puji cara kerja haku tu maknanya dia nampak jugak la cemane haku buat keje ye dok. Kiranya tu satu compliment jugak la tu kan.  Haku ni pulak dah selesa kat ofis sekarang. Suasana lebih private compare ngan ofis yang bos besar suruh gi tu...dilema..dilema. Dari sudut positifnya, sampai bila haku nak dok kat comfort zone je, ada peluang untuk ke tempat yang lebih tinggi why not u just grab the chance cik neesz oii?  Apapun, ada baaaaanyak lagi masa untuk pikir hal ni.. Bila diorang2 tu sume dah dapat tukar baru iolls pikir secara siriyes. Just enjoy for this moment.heheh..
 
 
 
Yebba yebbaaa... sekarang dah pukul 4.00. Jap lagi pukul 5 boleh ajak encik suamiku mithali gi pasar malam. Rasa macam nak buat char kuey tiaw je untuk dinner malam ni. Jadi la kan dinner 2 orang je pon. Tapi malas pulak nak simpan barang basah. Esok da nak balik kampung. Cuti Chinese New Year tahun ni best kan sebab jatuh hari Khamis Jumaat continue sampai Ahad. Wahh sangat gembira saya.
 
 
Ok la nak pi skodeng toys untuk budak kecik kat umah. Rindu pulak haa... Tak sabar nak tunggu hari cuti ni nak gomol dia.
 
 
 
Love you my baby boo!
 
 
 
 
Tata!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

0 budak gojes: