Thursday, February 19, 2015

Terjebak.

Hi!

Assalamualaikum dunia.






Kenapala dunia zaman sekarang canggih manggih sangat ye. Bila kecanggihan berlaku makanya segalanya di hujung jari. Nak cari maklumat cari je pakcik google kang berjuta jawapan dia bagi.  Tinggal nak pilih je mana yang betul, mana yang palsu.  Nak cari resepi, ha ngko banyaknyeee resepi yang google bagi (tu pon aku masih tak berapa rajin masak.kuikuii). Pastu bila nak shopping, cari je macam-macam shopping mall yang ada kat dunia maya ni. Kang jumpa la lazada la zalora la zawara la groupon la bla bla bla blaaaa... eh banyak betul la tempat shopping. Sampai nak beli ayam pon boleh online kat Tesco. Dasyat sungguh zaman canggih ni.  Canggih sungguh cara mereka mengopakkan duit insan yang lemah dan bernafsu banyak untuk shopping ni. T_T
 
Sebenarnya kalau nak ikutkan iolls ni bukanla kaki shopping online pon sebenarnya.  Even vitual shopping pon malas. Sebab utama tak online shopping is takut nak key in nombor-nombor pada card bank tu untuk online transaction.  Jadi bila malas nak menapak lama-lama kat shopping mall, maka duit agak selamat.  Tapiiiiii bila dah ada anak ni masa untuk pergi survey kat kedai-kedai tu terhad. Mula la tangan tu rasa gatal je nak survey websitu tu..website ni.. pastu rasa macam "eh comelnya kalau anak aku pakai nih". "haa ni good untuk tumbesaran dia nih".  "oo yes that one punya toys sangat boleh melatih koordinasi mata dan tangan anak aku nih" and bla bla bila gila menengok barangan online.  Padahal budak kecik tu tak mintak pon beli itu ini, mak je lebih.hehe ko kena paham nak... zaman mak dulu takde benda-benda camni. @_@
 
Daripada penakut nak buat online transaction, terus jadi berani pulak. Bila dah sekali beli online and and payment sume ok, mula la jadi rutin pulak untuk website walking bila tengah takde keje kat opis.huahuaa.. Setakat ni perangai online shopping iolls masih terkawal lagi.  Memang kena control, kalau tak nanti sedap-sedap je la add to cart kan pastu puasa sebulan sebab duit abis tanpa disedari.haha. 
 
Jadi, nasihat iolls kepada orang-orang yang baru nak belajar online shopping, baik jangan la..hehe... nanti mesti terjebak ke kancah yang lebih dasyat.  Tapi kalau korang boleh control diri n nafsu shopping tu, ok boleh proceed online shopping.
 
Happy shopping!
 
 
 
by the way...
 
 
^_^
 

0 budak gojes: