Monday, February 23, 2015

Doa Untuk Mak

Hi!
 
 
Assalamualaikum dunia..
 
 
Sampai ofis seawal jam 6.30 pagi hari ni.. sebabnya sebelum Subuh tadi dah gerak. Takmo terlibat ngan jem, gerak awal sempat la solat kat ofis.  Minggu ni suamiku encik mithali tak dapat hantar sebab dia amik cuti seminggu.. my MIL masuk ICU.. T__T
 
 
Alkisahnya kami balik umah onyang Auni masa cuti CNY haritu.. hari Khamis.. Pastu kul 1.30 pagi Jumaat my SIL call kata my MIL kritikal kat Hospital Tanjung Karang.. oksigen takleh masuk ke paru2 sebab paru2 berair.huhu.. So doc terpaksa komakan my MIL untuk buang air yang ada dalam paru2 tu. Jadinya pukul 2.30 pagi tu my husband balik dulu tengok mak dia, aku ngan Auni balik ngan family kami je sebab budak2 takleh masuk melawat pon nanti kan.
 
 
Disebabkan keadaan mak yang tak stabil tu, doc transfer my MIL ke Hospital Sungai Buloh.  Masih koma. Kami sampai kat Hospital Sungai Buloh dalam pukul 1.30 tengah hari tu, sedihnya hati ni tengok my MIL.. wayar berselirat sana sini.. bernafas dengan bantuan mesin sepenuhnya. Kami yang melawat ni takleh dekat dengan mak.. boleh tengok mak dari jauh je. Sedih sangat. Doc cakap buah pinggang mak rosak, paru2 berair, jantung lemah.. Allahuakbar.. Doc siap bagi percentage mak untuk sihat semula tapi tu sume cuma jangkaan daripada teori yang dia blaja je, kami yakin dan doa supaya keajaiban berlaku untuk mak.
 
 
Alhamdulillah, petang Sabtu mak dah sedar dari koma. Tapi kesan ubat masih kuat pada dia, pandangan mata dia tak fokus tapi cukup melegakan bila dia boleh dengar apa yang kita cakap.  Mudah2an mak akan terus kuat semangat dan sembuh macam biasa. Amin, in shaa Allah.
 
 
Dari hari Jumaat kami berkampung kat hospital tu, Auni ikut wan dia balik Batang Kali, mudah untuk kami lawat mak sebab budak2 bawah 12 tahun takleh ikut melawat kat wad.  Daripada dia tak selesa menunggu seharian kat tempat menunggu tu, baik aku bagi mak bawak balik Auni.
 
 
So far, setakat semalam (Ahad) mak masih ada dalam wad ICU, tapi Alhamdulillah ada perubahan yang makin baik. Bercakap pasal my MIL ni, dia baik sangat. Baik sangat2. Asal kami balik kampong je mak mesti dah siap2 kan semuanya, nasi dah letak dalam pinggan, lauk2 semuanya dia masak. Kami tinggal makan je. Request la apapon, dia mesti akan buatkan. Menantu dia yang tak pandai masak ni selalu tolong sikit2 je sebab banyaknya dia dah buat. 
 
 
Harapnya mak akan kembali sihat. Kami dah plan dah haritu untuk bawak mak jalan2 ke Teluk Senangin, semoga perancangan kami termakbul. Amin..
 
 
 
 
 
 
 
 
 



"Where There Is Hope, There Is Faith,
Where There Is Faith, Miracles Happen."







 

0 budak gojes: