Hi!
2015. Semakin matang. Semakin tua. T_T Semangat direnung-renung balik, cepatnya laa masa berjalan. rasa macam baru semalam habis SPM. Seriously I missed the good old days! rindu zaman sekolah, rindukan zaman bujang, rindu nak dok umah ngan family, rindu zaman bersuka ria tanpa fikir masalah-masalah bila dah masuk fasa-fasa baru dalam hidup. Sebab tu la kan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Insaf. Tapi walau apapun, life must go on! Alhamdulillah dikurniakan keluarga yang sangat ohsem, suami yang ohsem (oo da kawen rupanya), anak yang super duper ohsem (eh siap da ada anak da ko eh anis?) and life yang serba cukup apa adanya. Ok below are sinopsis kejadian-kejadian penting dalam hidup I yang agak berjela (macam bukan sinopsis je.hehe). Amaran! Entry ni akan mempinarkan mata sebab no pictures tapi hanya words semata-mata.
End of 2004 - habis SPM melepak umah je sebab ayah tak bagi keje part time padahal time tu menggodak rasa hati nak keje macam membe2 skolah. Jelesss je tengok diorang dapat pegang duit sendiri kan. kita dok umah jaga adik. heh! Dia x bagi keje sebab nanti katanya bila da keje nanti takut mula malas blaja. Yela kan, umur2 muda remaja masa tu dah seronok pegang duit sure la rasa macam kaya walaupun keje gaji x semenggah kan. and thank you for deciding that for me. Rasanya kalau keje masa tu memang malas nak sambung blaja dah kot.hehehe.
2005 - Hmmm pas melepak lebih kurang beberapa bulan tu dapat la tawaran masuk POLISAS untuk buat diploma in Secretarial Science. Fasa baru dalam hidup, bila dok jauh ngan family (kira jauh la kan Kuantan-Raub kalau naik bas pon lenguh montot.heheh). Masa tu dah rasa bangga jugak la dengan diri sebab berjaya gak menjejak kaki ke menara tak gading sebab bukan universiti so kita panggil menara tak gadinglah. tung tang tung tang angkut air dari kamsis ke fakulti (masalah air sangat ohsem ye masa tu, sekarang xtau la), muscle berketul-ketul mengangkut air pagi2 buta dan petang2 buta.,pastu berjalan jauh2 gi kelas pastu tetiba lec bagitau kelas batal (hanginnn je), pastu dok dalam bas macam sardin dalam tin bila outing (sangat heaven ye dengan segala bau), pastu berlari berkejaran dengan cik nyet yang setia menunggu kat hostel n yang paling rare bila I pernah nampak cik yang haram dimakan oleh muslim kat ampaian hostel. perghh rasa macam dok kat zoo je.. pumpampumpam abis 2 tahun blaja kat situ. tapi tu sume kenangan yang bila diingat balik sangatla ohsem. luls.
2007 - Habis diploma. Sempat lepak2 kat umah plus minus 3 bulan je sebab pastu terus dipanggil keje under salah satu badan beruniform. Wahhhh hot sangat sampai x sempat nak bersantai lebih lama. Nervous nih. Mana la tempat aku keje ni. *berangan keje kat putrajaya or kl or sekitar lembah klang. Sekali hamekkk! Ke Kelate kita. aduiii punya la jauh dia posting kan kita. memang x pernah terjangkau dek akal la tetiba pulak keja kat sana nih. Sampaikan tanya dengan caller tu "Encik, KELANTAN ke KUANTAN?" and he replied clearly "KELANTAN". huhuhhhhh...masa tu memang rasa nak nangis aa.. pastu gelabah2 cari sapa lagi member yang kena campak ke Kelantan. okeh bebudak kelas ada lagi 3 orang kena campak sana. ok cool2. ada member. no worries. Tiba harinya my family pon hantar la budak cengeng ni ke Kelantan untuk lapor diri kat sana. Masa tu habuk banyak gila sampai merah2 mata I dibuatnya. wekkk! hahaa malu gile bila ingat balik. Rupanya ada hikmah dipostingkan ke Kelantan. Ada jodoh menanti rupanya.wahahaha..
2009 - Mintak tukar ke Kuala Lumpur. dengan alasan sambung belajar (tapi memang betulpun sambung belajar tapi selebihnya sebab dah x tahan dok jauh ngan family.hehe). tinggalla cik abangku kat bumi Kelantan tu seorang diri. jaga diri baik2 ye, jangan noti2 kang ada yang masuk paper kang.haha.. Masa ni best gak PJJ (percintaan jarak jauh gittew...) bila tengok dia gigih turun kl walhal jauh kot makan masa 5 jam Gua Musang - KL dengan keje shift tu. teruk jugak aku dera dia dulu ek?hehe...
2011 - Alhamdulillah melangkah ke fasa baru dalam hidup bila bertunang dengan my Mr. Right. Mesti korang kata pasal apa lambat beno kawennya? Dari 2009 kot da kenal pasal apa 2011 baru nak bertunang? hehh.. soal kawen bukanla perkara yang mudah ye.. setelah ditimbang tara, setelah dikaji-kaji, barula approve bila dia memenuhi syarat utama iaitu TAK MEROKOK! dan lain-lain nilai tambah yang buat dia lulus sebelum hari I ni nekad terima dia. cewah sangat.luls
2012 - Fasa baru lagi. 17 Mac 2012 jadi tarikh baru yang sangat ohsem dalam hidup bila kami sah jadi husband and wife. Alhamdulillah Allah jagakan hubungan PJJ kami dengan jayanya. Gaduh perang tu biasa la kan tapi Alhamdulillah bukan pada perkara yang too serious. :) Tapi tu la, bila da kawen ni I la pulak yang gigih travel KL - Gua Musang sebab dia belum dapat tukar. Takkan la I yang da bersusah payah mintak tukar nak mintak tukar ke Kelantan balik kot...memang tak la... lagipun both of us orang Selangor. harusla alasan kawen ni dijadikan sebab untuk mintak dia ditukarkan balik ke KL/Selangor kan.. Masa ni memang rasa penat sangat sebab every weekend I is travelling. Minggu ni gi UiTM, minggu depan balik Gua Musang or shortformnya GM, pastu minggu seterusnya g balik jenguk family pulak dan begitula seterusnya..huuu penat woo tapi sabar je la kan doa banyak2 supaya result pertukaran tu diluluskan.
2014 - Alhamdulillah Oktober 2014 husband dapat pindah KL. Syukur sangat2. Terima kasih Allah. No more travelling to GM. Tempoh 2 tahun travelling jauh ni sangat meletihkan body and mind. Sampaikan rezeki anak yang menyinggah masa tahun 2013 pun xdapat melekat lama sebab mak dia melasak travelling. Maafkan ibu wahai anak ibu yang berusia 10 minggu masa tu ;( Tapi Alhamdulillah Allah gantikan dengan second pregnancy and my precioys little baby girl was born on 22nd July 2014. Ibu excited je ingat awak nak share birthday ngan ibu 20 July alih-alih awak tunggu tarikh 22 July ye. Another new phase of life.
2015 - My precious little baby princess is now 6 months++. In shaa Allah dalam entry-entry seterusnya akan menyusul gambar-gambar my little one dalam blog ni.
Imahappymother!
0 budak gojes:
Post a Comment