Monday, April 6, 2015

Diari Semalam




Hi!


Assalamualaikum dunia..


Rushing kami balik dari kampung bila pagi Ahad hubby dapat call dari bos dia. Mintak gantikan ofismate untuk gi kusus.. Ofismate tu tak dapat gi sebab ayah dia tak sihat pulak, masuk wad... Pukul 2pm semalam kami balik dari Batang Kali zusssss ke Cheras. Sampai umah je terus bergegas packing barang apa yang patut untuk seminggu. Lipat2 je kemeja ngan suar slack. Nak kena pantas sepantas Fast & Furious sebab pukul 4 hubby nak kena gerak.


Dengan apa segala surat kususnya takde, hubby redah je cari tempat kusus. Katanya kusus sampai hari Khamis ni. Huuu cepatla masa berlalu... Nanti iols bosan. Takde partner gadoh. Takde orang yang tolong iols basuh montot budak kecik Auni bila dia uk uk. Hehehh...


Baru hari pertama nih. So far Auni ok je.. As usual, dia anak yang senang sangat2 untuk dijaga... Ni bukan aku yang pandai2 cakap tapi memang sape2 yang tengok perangai Auni, memang depa kata "Senang beno si Auni ni... bagus betul". Alhamdulillah. 
 
 
Lepas maghrib tu dia dah tergolek-golek kat toto depan TV.. Sementara dia main sorang diri, aku cecepat gi mandi, solat.
 
 
Siap semua, tengok2 dia dah zzzzzzzzzzzzzz.... 



V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V





Siannnn my baby.. Takde orang layan ye..
 
 
 
 
Sementara dia tengah tido tu aku kemas beg balik kampung yang tak sempat dikemas bila mendulukan beg kusus si ayah.
 
 
Baru siap mengemas beg, si kecik dah bangun.
 
 
Masukkan dalam walker, kemana aku pergi, ada bodyguard ikut. Kita dok iron baju kat bilik belakang dia ikut, kita gi dapur dia ikut, mata tak lepas tengok kita. Iols ada peminat fanatic pulak haaa malam tadi.
 
 

 
 
 
 
Pastu ntah mimpi apa yang dia dapat tetiba jadi ganas pulak. haha.. Ntah nape dok gigit2 lengan iols. Bila kita tarik lengan dia boleh ketawa terkekek-kekek pastu amik balik tangan kita tu nak gigit. Bila kita jerit sakit dia sengih lagi pastu tarik tangan kita lagi nak gigit. Gigih dia berjengket kat dalam walker dia tu nak tarik tangan kita..


Bawak dia kuar dari walker untuk digomol. Eh eh tengok2 dia jugak yang gomol ibu.



 
Auni with happy face bila dapat gigit ibu. Grrrr


Hadoiii layan je la budak ni. Sampai lebam tangan dibuatnya.


Dah penat main, finally.....



 
V



V

V



V



V



V



V



V





 
Finally ibu boleh tengok ABPBH dengan nyaman tanpa gigitan si kecik.
 
 
 
The End.




 

0 budak gojes: