Tuesday, April 14, 2015

Mak, Ayah Atau Husband? Yang Mana Tidak?

 
 
Hai!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Okeh, mood konvo suda mari... Apa yang patut diisi, dah diisi. Apa yang patut print, dah print. Tinggal nak bayar yuran je.
 
 
Cik diary, aku dalam dilema nih.  Memang sedia maklum la kan, kita boleh bawak 2 orang je jemputan untuk masuk dalam dewan. Aku serba salah sangat ni. Sememangnya aku nak mak ngan ayah ada dalam dewan sebab dari zaman bujang diorang support aku bukan setakat bagi sokongan moral n semangat, tapi jugak support separuh daripada yuran tiap semester. Doa mak ayah setiap kali nak exam, memang jadi pendorong untuk habiskan study.
 
 
Dan sememangnya jugak aku nak suamiku encik mithali ada dalam dewan jugak sebab bagi keizinan sambung blaja, bagi sokongan, memahami time aku buat assignment, menunggu sorang2 dari pagi ke petang kat UiTM Puncak Alam tu (masa Auni blom kuar perut), jaga Auni kat surau sebab tunggu iols attend class.  Kesabaran n pengorbanan suamiku itu sangat2 dihargai.  Tiap kali exam, doa ikhlas dari mulut dia memang buat aku rasa tenang n boleh jawab periksa dengan baik. Serius ni tak tipu. Cuba kalau masa exam tu kami tengah gaduh, ototmetik aku takleh goreng masa exam. Doa sorang suami btol la. Hehe..
 
 
Mak - Sentiasa support and sokong. Doa seorang ibu memang takde hijabnya kan. Lagipon dia ibu yang melahirkan, dah tentu aku nak dia tengok aku amik scroll atas pentas.
 
Ayah - Salah satu sebab aku sambung belajar ialah sebab nak penuhi impian dia. Dulu aku masuk sekolah teknik pon sebab tunaikan impian dia jugak. Sebab ayah cite, dia pernah dapat tawaran masuk skolah teknik. Tapi tak dapat pergi sebab masa tu arwah atuk gi haji, so si abang sulung yang dipertanggungjawabkan jaga adik2 tak bagi ayah gi. So, untuk menghappykan dia, aku masuk skolah teknik. And sekarang, dah tentu dia orang yang paling happy bila anak sulung dia dapat genggam ijazah n memang hajat dia nak aku ada sekurang-kurangnya degree supaya jadi contoh kat adik2 yang lain.
 
Hubby - Dia pon orang paling happy jugak sebab dah tak payah bertapa kat surau lama2 tunggu aku habis kelas. Hahaha... Tapi yang sebenarnya, aku appreciate segala bantuan n kesabaran dia... sebab tu macam tak sampai hati nak tinggal dia kat luar dewan..Kalau dia tak izin aku sambung blaja masa dah kawin, haa tak merasa la bergambar ngan jubah ngan topi.. haa gitu kekdahnya.
 
 
Disebabkan faktor2 inilah aku dalam dilema. Mak, ayah, suami. Memang orang2 ni yang aku nak angkut dalam dewan. Tapiii dukacita dimaklumkan cuma 2 orang je yang boleh. Huhuuu...
 
 
Siapa yang harus ku bawa ke dewan? Auni memang kena dok luar la.. kang orang tengok dia je tak tengok mak dia kat pentas amik scroll. Hehehh.
 
 
Semoga yang tak masuk dewan tu nanti tak berkecik hati.. Sesungguhnya aku juga tak mau begitu...
 
 
 
 
 
 

0 budak gojes: