Thursday, April 2, 2015

Kembali Ke Hobi Lama.... Novel

 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia..


Terlupa la pulak nak bawak novel yang encik suamiku mithali belikan sempena hadiah anniversary kami baru-baru ni.. Bosan dah mengadap google je. Baca novel through online ni tak best. Feel tak sampai gittew...


Oleh kerana bosan tahap gaban ni, google la jugak. Google novel apa yang tengah in sekarang. Dok survey2 novel ni terperasan pulak tajuk novel macam lebihkurang je. Mesti ada suamiku bla bla.. isteri bla bla.. miss bla bla.. mr sotong vs miss tomboy..dan lagi dan lagi... Nak-nak kalau title buku prima.


Tajuk novel yang normal2 tu biasanya terbitan alaf21 la.. tapi yang producer sekarang gila-gilakan is novel-novel yang jalan citenye kawin paksa kan? Tak dinafikan la, aku pon suka jalan cite yang macam tu. Bila kat novel, aku redha sebab tu cuma cite rekaan je.. tapi bila dah didramakan, nak kena logik la kan dengan kehidupan manusia yang ada adab budaya dan kelogikan hidup kita kan. Bab kawin-kawin ni mana boleh kontrak. Tak baik la plan pas kawin tu nak cerai. Itu beza alam realiti ngan alam novel.
 
 
Kalau tajuk-tajuk novel prima pulak lebih catchy. Sesuai untuk golongan muda belia remaja... Zaman-zaman iols muda dulu dah biasa ngan tajuk macam ombak rindu... pergilah sepi.. sepi tanpa cinta.. haa gittew tajuk novelnya.. Alaf21 punya title macam jiwang-jiwang sket tapi tak banyak laaa. Aku tak jiwang k.... hoho
 
 
 
Misi cari novel yang best akan diteruskan lagi. Nak mengabiskan baucer buku untuk terakhir kalinya yang iols dapat. Selagi ada nama kat list penerima baucer, selagi tu la iols amik kan... da memang hak iols. Baucer RM250 nak dihabiskan kat novel ke? hehehh... syorgaaa...syorgaaa....
 
 
 
Okehla... sampai di sini sahaja menceceh untuk harini. Tak payah nak Wordless Wednesday sangat la kan. heee~
 
 
Babai diary!
 
 
 

0 budak gojes: