Tuesday, April 14, 2015

Port Dickson vs Melaka

 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Sambil-sambil menguruskan urusan konvo, sempat lagi aku survey tempat untuk gi bercuti. Almaklumlah... meraikan kejayaan meraih degree lepas 5 tahun study la katakan... ngalahkan orang buat medic je haa sampai 5 tahun. N the best part is, my convo day jatuh pada hari lahir suamiku encik mithali! Double happiness n sweet n best moment ever lah ni.. smileee ^___^
 
 
Dalam pikiran aku takdela nak gi jauh-jauh... samaada PD atau Melaka je. Memang 2 tempat ni je yang agak-agak dekat. So kos minyak boleh la save sikit kan. Tempat jauh-jauh tu lain kali iols gi ye..
 
 
Walaupun listnya cuma 2 yakni PD or MELAKA, tapi peningnya nak buat keputusan mana nak pergi punyala pening! Aku pon pening dah ni. Most important thing is, aku nak tempat tu ada pool. Boleh la si kecik Auni mandi.
 
 
Survey punya survey, aku dalam dilema lagi jadinya. Kalau gi PD, hotel bersepah. Tinggal pilih je nak hotel mana. Nak yang 5 star ke yg 1 star. Hehehh nehi nehi kabhi nehi la kan aku pilih 1 star. Tapi PD takde tempat nak merayap sangat.. Lauttttt je la sampai sudah. Tak mungkin la aku nak melepak kat Muzium Tentera Darat tu pulak. Hihii.. Ke ada tempat menarik kat PD yang aku taktau. Boleh sajes?
 
 
Kalau gi Melaka, haaa engko banyak gila aktiviti boleh buat. Sampai aku takut misi sampingan iaitu membawak Auni kat pool boleh diketepikan. Tau je la Melaka tu macam-macam ada.. ngan Muzium 3D kat sana pon dah bukak kan.. rivercruise, asam pedas untuk dia pon ada. coconut shake... eh makanan je pulak haa..








So..... nak makan asam pedas Melaka ke masak lemak cili api Negeri Sembilan? Tengok dua-dua gambar ni pon boleh kecur ayaq liuq.


Tanya kat husband, dia bagi jawapan merapu je. Tak membantu langsung! Sabo je la.






Biar Auni je lah vote.



^___^
 
 
 

 

0 budak gojes: