Friday, April 17, 2015

Tips Konvo

 
 
Hi!


Assalamualaikum semua...
 
 
 
 
 
 
 
Haa harini iols is nak sharing info untuk para graduan yang akan menghadapi majlis graduasi ye... Ni untuk remind diri sendiri jugak nih... Jangan nanti aku pulak sendu nanges sesorang luar dewan sebab tak dapat konvo sebab salah ikut step. Hehee.. And tips ini juga dikhaskan untuk mereka2 yang mana merupakan produk yang lahir daripada UiTM.  Kang kalo budak2 U lain ikut tips konvo ni tak dapat konvo jangan salahkan ahkak pulak.. Ahkak taktau tatacara U lain. Ahkak dah bagi warning nih. 
 
 
Let's cekidaut apa graduan patut buat menjelang hari bahagia itu nanti ye... err hari bahagia di sini  lebih menjurus ke arah hari graduasi ye adik2, bukan hari perkahwinan. Harap maklum.
 
 
  • First, yang terpaling penting, lepas habis final exam tu korang2 adik2 janganla jadi kacang lupakan kulit.. Jangan lupakan terus ID and password student portal ke apa ke.. Selalu2 la jenguk web UiTM ye.. Korang mesti excited punya kan nak konvo. Maka dengan itu u must always look2 at UiTM website. Senang cite korang taip je konvo uitm kat google. Kang jumpa la link terus ke hal2 yang berkaitan ngan konvo.  UiTM akan update segala cerita untuk majlis graduasi kamu itu nanti okey.. Apa yang patut buat sebelum, semasa and selepas konvo.
 
  • Nanti geng UiTM akan bagi SMS untuk remind kita supaya kemaskini maklumat. Yang ni ada due datenya. So make sure kemaskini maklumat2 tu ikut tarikh yang depa dah tetapkan. Kang kalau salah ejaan nama ke apa ke kat sijil diploma or izazah or masterji tu jangan korang gi ngamuk pulak padahal diri sendiri yang tak check. Nama tu ikut dalam IC tau. Jangan bagi nama Facebook pulak.. Teruna Idaman ke.. Gegirl Melayu Terakhir ke.. wakakaaa tak kose!
 
  • Pastu korang kena buat semakan denda universiti. Jangan konfiden sangat mengatakan korang tu takde hutang. Check dulu. Mana la tau ada saman lalu lintas ke.. denda korang pinjam buku kat library tapi tak pulangkan ke.. denda tatatertib ke.. Haa check dulu tau. Bayar hutang. Hutang itu wajib dibayar. Jangan sampai ahkak bagi tazkirah pulak.
 
  • Untuk membolehkan anda berkonvo, anda perlulah membayar yuran konvo ye... Rate yuran adalah berbeza mengikut diploma, degree atau masterjinya... Macam ahkak, demi menunaikan impian diri sendiri, impian family and impian hubby, ahkak kena bayar yuran RM165.00 untuk degree ahkak yang ahkak dah belajar selama 5 tahun itu. Hah nak sebut jugak 5 tahun tu khenn..
 
  • Pastu, rajin2 kan diri tu jawab soalan kajian pengesanan graduan. Jangan memandang enteng kat benda ni ye. Sebabnya pas jawab soalan tu, korang kena print hasilnya nan sekeping itu untuk dibawa bersama2 dengan resit or slip bayaran konvo dan juga borang jubah yang dah diisi masa nak amik jubah konvo nanti. Ingat 3 benda ni masa nak pi amik jubah. Kang ada yang pakai baju kelawar masa amik scroll pulak. muehehehe.. Yang mana tak dapat datang amik jubah tu boleh mintak wakil amikkan. Dengan syarat ada 3 benda tu lah.
 
  • Da setel semua perkara di atas, sekarang bolehla kamu sume mengintai kamu kamu kamu tu akan konvo untuk sidang ke berapa.. Untuk konvo ke 82 ni, iols sidang yang ke 8, pada 13 Mei, sesi pagi. Pukul 7.30 dah kena ada. Huii cemana la hari tu nanti ye. *tengah membayangkan nih.  Kat announcement sidang2 ni jugak nanti akan dikabokan bila mengkome kena datang amik jubah ngan raptai. Supaya boleh la mengkome mengimejinkan hari sebenar ittew nanti. Boleh agak la kan kasut apa yang sesuai..Takdela sakit kaki bila salah pilih kasut untuk aktiviti yang kena banyak berdiri ni.. baju apa nak match ngan kaler jubah.. Nak pakai tudung neelopa ke.. tudung paridah ke.. kekekee...
 
  • Kendian, ikut la arahan2 yang lain tu.. baca etika pakaian untuk graduan ngan tetamu... baca kat mana nak park kereta.. Sume ni untuk kelancaran konvo jugak.. tak gitu?  Pastu yang mana dok jauh tu, survey la hotel mana yang korang nak duduk. Booking siap2. Musim2 konvo ni biasanya hotel terlajak laris.
 
 
Okeh, rasanya itu saja tips yang korang kena amik perhatian. Selain tu, korang boleh la nak usha2 henbeg, kasut, baju untuk hari bahagia ittew. Boleh juga acah2 baling topi ke atas sambil berselfie. Hihihi... Lastly, jaga kesihatan. Kalau datang konvo time demam ke sesema ke batuk ke kan tak best. Mana nak disorokkan batuk yang sebatu pon boleh dengar? Mana nak diletakkan sapu tangan ingus ketika bersalaman mengambil scroll? Hehe.. Safety first okey.. ^___^v
 
 
Aku gi amik jubah 3 Mei nanti... nanti aku update apa yang berlaku k.. Cemana perjalanan amik jubah tu... smooth ke idok ke..  Mudah2an berjalan lancar la menuju hari konvo nih. Amin amin amin ya rabbal alamin.
 
 
Rabbi yassir wala tua'ssir.
 
 
 
 
 

 
^__^
 
 
 

0 budak gojes: