Thursday, April 9, 2015

Needs vs Wants

 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Bila tengok MeleTop baru2 ni baru tau rupanya sekarang depa tengah dok promo Lawak Ke Der 2015 yang akan berlangsung di Istana Budaya bermula 16 hingga 19 April 2015.. Adoii lambat pulak aku tau pasal ni.
 
 
Teringin rasa di hati nak tengok LKD. Maka dengan itu, aku pon mencemar duli tengok tiket kat ticket2u..
 
 
Tengok pulak bila tarikh yang konon2 available. Emmm macam takde date yang seswai je untuk kami laki bini tengok LKD tuh. Kalau nak gi malam, mana pulak nak diletakkan si kecik Auni..  Kalau gi siang, memang idok la aku sampai nak apply cuti bagaii.... Kalau nak gi hari Sabtu Ahad pulak, aku balik kampung. Kena balik jugak untuk raikan birthday my beloved mak. So kesimpulan yang boleh dibuat, tak tengok la jawabnya...
 
 
Takpelah, dapat jugak save duit memandangkan menda ni bukannya keperluan pon kan.. Cuma kehendak je. Tak dapat tengok pon tak rugi. Berbelanja secara berhemah dah aku sekarang ni.. Silalah contohi saya ye adik2..
 
 
 
 
Sila bijak bila memilih. Itu kehendak atau keperluan? Ececeehhh pandai sangat aku.
 
 
 
 
Alaa stakat Harith Iskandar, Afdlin Shauki, Bocey ngan sape2 lagi tu apa lah sangat... Kat rumah sendiri pon dah ada pak lawak yang kadang2 menyakitkan hati. Sape lagi kalau bukan suamiku encik mithali. Ditambah pulak ngan gelagat si kecik Auni yang innocent itu. Tu pon dah cukup menggeletek hati nurani si ibu dah. Love them both!
 
 
 
 
 
 

0 budak gojes: