Friday, April 24, 2015

Dinner di Al-Azmi, Bandar Baru Sentul

 
 
Hi!


Assalamualaikum dunia...
 
 
Rabu lepas suamiku encik mithali bawak isterinya yang tak ngidam ni dinner kat luar. Haih seronoknya tak payah masak! Hehee...
 
 
Kemain dia drive. Pusing2 amik angin malam sampai pukul 10 baru sampai kedai makan. Tuu dia bak hang. Dalam kereta ngabiskan minyak kereta sampai 2 jam jalan2. Rupanya nak ke Sentul je. Dinner kat Restoran Al-Azmi, Bandar Baru Sentul.
 
 
Kedai ni memang selaluuuuu sangat aku ngan one of my friend, Ekin masa blaja kat UiTM dulu lepak lepas habis kelas PJJ. Masa zaman aku ngan Ekin (miss omelette cheese.haha only u n me know the story Ekin) lepak kat sini, makanan dia tak berapa sangat.. Service boleh tahan cepat. Bab makanan, selalu jugak la terkena yang tak best. Kedai ni cuma win bab deco kedai je. Lampu liplapliplap warna-warni. Banyak tempat duduk dalam pondok. Tapi banyak nyamuk. T__T
 
 
Kat sini jugak la tempat yang kami laki bini melantak bila si suami turun KL. Tapi bila dah selalu sangat dpt makanan yang tak best, kami beralih ke jiran kedai ni. Sedap!
 
 
Pas kawin, tak dok Sentul lagi dah.. makanya memang dah lama la tak datang makan kat kedai ni.  Wahh sekarang dah maju la. Service laju gila. Baru duduk dah ada yang amik order. Baru snap gambar sana sini makanan dah sampai. Deco kedai ni dah makin meletop dah. Ok now is time for us to taste the food.


 
Husband punya carrot susu.. dah macam teh ais pulak dalam gambar ni haha maklumla enfon tak cukup handal. >_<



Yang ni mem besar punya.. bandung soda... sedap weyh! Tapi gelas besar gila bak hang. Penyudahnya suku je minum. Balance bungkus. Ginilah kekdahnya kalau orang jenis tak minum air banyak.



Nasi goreng ikan masin pilihan aku untuk husband. Dah dia suruh pilihkan. Makan je la ekk... Okeh menu ni sedap.


 
Haa yang ni pilihan mem besar yang tamak. Hahaaa... nasi putih with daging masak merah ngan kalian ikan masin. Sedap3!


 
Oleh kerana sifat mau mencuba masih menebal dalam diri, sebagai penutup iols order eskrem goreng. Ok jugak not bad. Berebut pulak aku ngan husband.
 
 
Lepas bertahun tak datang sini, boleh disimpulkan bahawa makanan dia da improve, service cepat n deco cantik. Harga bagi aku mungkin setaraf ngan deco yang owner ni dah buat. Nak kata murah sangat tu idak la kan tapi sesekali makan kat luar dengan harga yang macamni ok lah. Berbaloi jugakla dengan tastenya tu.
 
 
 
 
Sekian. Terima kasih suamiku!
Kenyang perut suka hati! 
^__^



 

0 budak gojes: