Tuesday, March 29, 2011

topik panas

Assalamualaikum....

hamboi hamboiiiii....kemain lagi topik hotfm pagi ni...pasal pemandu wanita memandu secara merbahaya...ni sume pasal paper utusan hari ni..

Pemandu wanita berbahaya? - tajuk utusan ni saje je buat pompuan2 panas ati tau

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.
Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.
‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.
‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.   ececehhh......sukati je hang kuar statement camni ye bung....nanti zizie mrajuk ngan u baru u tau
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.
‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.
Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.   hormat wanita ye....bagus...bagus.....
‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.
Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

- Diambil dari artikel akhbar utusan 29 MAC 2011.





ciss! siap bawak masuk dalam sidang dewan rakyat tau.....siriyus da masalah pemanduan wanita ni ye? x pepasal aku macam x puas hati...hahahaa... stakat yang aku dapat dengar tadi, ramai caller wanita dok marah2 ngan AG ngan FBI...siap letak phone lagi tu! hehehh...xtau la memang betol2 letak atau kedit da abes...tapi timing line terputus tu time FBI tengah nak patahkan cakap die..terkekek-kekek haku gelak dalam kete tadi...

aku percaya ramai yang dengar hotfm pagi tadi....sebab tu la masing2 cam tunjuk terer je kat jalan..hehe....alaa pada aku, x sume pemandu wanita tu memandu secara merbahaya...ada yang terlalu berhati-hati sampaikan slow yang amat bila kat lorong kanan..mana orang lain x bengang ye dak?

aku ada pengalaman ngan both man or woman driver ni.... ada je pemandu lelaki yang ikut suke hati diorang je bile atas jalan....yang jadi pantang pada aku bile tengah drive ni ialah bila aku tengah drive, kete kat belakang ikut rapat2..heyyyy aku geram betol la...kot ye pon saba la....aku da laju da tu...cume x bole nak masuk lorong kiri sebab ada kete...ada ruang kosong untuk aku masuk lorong kiri tu aku tukar lorong la....n korang pon tau kot sape yang suke ikut bontot kete rapat2 ni....sah2 la pemandu LELAKI...

lagi satu, pengalaman aku lebih kurang sebulan lepas.....tengah syok2 drive kat lorong kanan, tibe2 kat depan ada 1 mat motor baekkkkkk punye amik angin kat situ...kat tengah2 lorong kanan tu.....hello, agak2 la brader...awak tu bawak motor kat lane kanan...tengah2 pulak tu...bile orang hon sket die bole buat dhekkkkkk je..haihhh sabo je haku.... anggap die ada masalah pendengaran je la....

satu lagi, nape banyak orang cakap pemandu wanita ni memandu secara merbahaya?bukan ke yang ramai terlibat dengan kemalangan tu pemandu lelaki?yang bawak bas - LELAKI.. berapa banyak nyawa da melayang sebab pemandu LELAKI bawak bas macam pelesit?? siyes, aku cukup takut naek bas... cuma dulu masa keje kat klantan tu xde choice la....naik bas la jugak bile balik kampung....naik bas pulak malam, lalu kat jalan yang bahaya, gaung kiri kanan, gelap pulak tu....yang driver ni pulak x reti2 nak slow2 sket...rasa cam melayang je bas tu...ishhh..bila ingat balik, memang takut ah naik bas ni. bila naik bas tu, berserah je la pada Allah...doa supaya selamat sampai ke destinasi...

tu pasal pemandu lelaki, yang pemandu wanita ni pon x kurang jugak...aku cukup bengang kalo diorang main tukar lorong ikut sesuka hati...dengan x bagi signalnya terus je mencelah masuk kat depan kite...ceh! wahai kaum wanita, bahaya tau buat camtu....bukan je bahaya kat penunggang motosikal yang selalu mencilok-cilok tu, tapi bahaya jugak untuk orang yang terkejut terkejut cam aku ni..hahaa....nasib baik bole kawal stereng lagi...kalo i terbabas, memang i sondol kete u tau..amaran ni

tu je la kot komen i untuk yang pemandu wanita...bias x aku?hehehhh....

opss, ada lagi satu, pemandu wanita ni suka bawak kete slow2....pastu xde rasa bersalah bila berderet-deret kereta kat belakang dia....kalo kat oversea, da kena saman tau... betul ni..x tipu....aritu masa tengok amazing race ada peserta tu kena saman sebab bawak slow..haha...ada jugak camtu kan?



hurmm...ada x kapel2 yang gado bile cakap bab ni?ada x hubby n wifey yg masam muka bile timbul hal ni?hehehee.....rilex2....yang penting, masing2 bawak la kete ke, motor ke, bas ke, lori ke, apa2 la...bawak elok-elok ye.....sayangi diri, sayangi keluarga - ini pesanan dari ayahku.. :)



bawak kete kena fokus cam girl ni ye..



hah panjang pulak entry aku hari ni....okehla, cukup la celoteh aku pagi ni...sekian.

4 budak gojes:

Intan said...

rileks ler semek,hahaha..maner2 driver laki ker prmpuan mmg der mslh driving,hahaha..duk kt cni, kena sokmo sabar..klu tak, kiter join sekali,hahaha

Anonymous said...

nana ada lesen keta..tapi jarang bawak keta....tak brani lagi..ehhehe

aneesz said...

rileks le ni...kalau x aku pon salah sorang yang sembur FBI ngan AG pagi tadi...hahaa

aneesz said...

nana~ rugi la camtu...beranikan diri okeh..caiyok2! :)